SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


KAFA Kemuka Aduan Rasmi Kepada FAM

Ghaddar didakwa menjadi mangsa kekasaran melampau pemain Selangor.

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa), semalam, membuat aduan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai kekasaran melampau yang dilakukan dua pemain Selangor, Amri Yahyah dan Bunyamin Omar ke atas pemain importnya, Mohammad  Ghaddar pada perlawanan Liga Super, 29 Jun lalu.

Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim berkata, pihaknya kini hanya menunggu tindakan lanjut daripada badan induk bola sepak itu.

“Surat aduan berserta klip video perlawanan dihantar kepada FAM tadi (semalam) selepas kami mengumpul bahan bukti dan membuat analisis. Kini terpulang kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk membuat keputusan sama ada mahu membuka kertas dakwaan atau tidak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan mengenai sikap Ghaddar yang dikatakan sering cuba melakukan provokasi kepada pihak lawan, Azman berkata, tidak menyedari perkara tersebut kerana pemain dari Lubnan itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak persatuan mahupun rakan pasukan yang lain.

Mengakui mereka selalu berdepan dengan masalah komunikasi dengan pemain berusia 28 tahun itu, Azman bagaimanapun enggan bertindak terburu-buru untuk menghukum pemain berkenaan.

“Setakat ini Ghaddar tiada sebarang masalah dalam pasukan mahupun pihak pengurusan. Saya tidak tahu apa yang berlaku di padang, namun saya pasti masingmasing ada sebab tersendiri mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan.

“Sekiranya benar pemain Kafa melakukan sebarang kesalahan, kami pasti akan menyiasat kes tersebut secara adil dan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!