SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


KAFA Pilih Nwoha Atau Ghaddar?

Bojan Hodak akan menentukan nasib kedua-dua pemain import ini.

SIAPA pemain import yang bakal didaftarkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini masih lagi menjadi tanda tanya buat peminat The Red Warriors, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.

Sama ada Onyekachi Nwoha atau Mohammad Ghaddar masing-masing kini bersaing hebat bagi merebut salah satu tempat di dalam pasukan Kelantan apabila tarikh tutup pendaftaran kedua pemain import itu berakhir empat hari lagi.

Kedudukan seorang lagi pemain import, Obinna Nwaneri sememangnya tidak tergugat setelah bekas pemain pertahanan kebangsaan Nigeria itu dilihat mempamerkan aksi cemerlang menyarung jersi Kelantan sejak dua bulan lalu.

Nama Mohammad Ghaddar, pemain kelahiran Beirut, Lubnan kembali meniti dibibir peminat tempatan apabila ledakan hatriknya berjaya membantu The Red Warriors menewaskan wakil Indonesia, Arema FC 3-0 dalam kempen Piala Kofederasi Bola Sepak Asia (Piala AFC) di Kota Bharu pada 4 April lalu.

Pemain kebangsaan Lubnan itu terus menampilkan aksi kelas tersendiri apabila menyumbangkan dua gol peribadi ketika Kelantan mengalahkan Arema FC 3-1 di Kota Malang, Surabaya pada Selasa lalu. Salah satu daripada golnya turut disifatkan jaringan tercantik di dalam saingan kumpulan­ H Piala AFC itu.

Sementara nasib pemain Nigeria, Onyekachi Nwoha mungkin hanya dapat ditentukan apabila beliau turun beraksi dalam perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super bertemu T-Team di Kota Bharu malam esok.
Nwoha, 29, sebelum ini dikritik hebat oleh peminat tempatan setelah mempamerkan aksi hambar ketika diturunkan dalam pertemuan menentang Selangor pada 14 Februari lalu yang menyaksikan Kelantan tewas 1-2 kepada musuh tradisinya itu.

Namun, beliau kembali menunjukkan sentuhan berbisanya apabila menjaringkan gol pertama peribadinya bersama Kelantan ketika mengalahkan SPA FC 2-1 dalam saingan suku akhir kedua Piala FA pada 27 Mac lalu.
Nwoha terus membuatkan pengendali pasukan, Bojan Hodak pening kepala dalam memilih pemain import yang sesuai apabila menjaringkan dua gol ketika Kelantan berpesta gol membelasah Felda United FC 5-1 dalam saingan Liga Super di Kota Bharu pada 31 Mac lalu.

Aksi cemerlang kedua-dua pemain itu dalam beberapa perlawanan penting sejak kebelakangan ini mencetuskan polemik baru dalam kalangan penyokong Kelantan sama ada Nwoha dikekalkan atau Ghaddar kembali semula beraksi di dalam kancah Liga Super.

Persoalannya kini terarah kepada hasil perbincangan di antara Hodak dengan pihak pengurusan tertinggi Kafa yang dijangka memuktamadkan keputusan untuk memilih Nwoha atau Ghaddar selewat-lewatnya Ahad ini.

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!