Kelate.net

KAFA Sangkal Tuduhan Kelab Penyokong

Kemaskini pada May 13, 2015 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
KAFA
KAFA

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Ismail Md Noor menyangkal tuduhan Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) yang mendakwa ada segelintir ejen pemain yang cuba mencampuri urusan The Red Warriors (TRW), lapor MOHD FAHMI ISMAIL

Menurut Ismail,  sebagai pegawai yang banyak berurusan dengan ejen pemain, tidak pernah timbul isu ejen mencampuri urusan serta pengendalian TRW.

“Saya ingin menegaskan bahawa tidak pernah timbul isu ejen mengganggu hal ehwal dalaman Kafa. Mereka banyak membantu dalam urusan harian dan peribadi pemain mereka serta  sering memberi sokongan dan semangat kepada pemain  mereka untuk mengekalkan prestasi serta komitmen kepada pasukan.

“Lagipun sebarang keputusan  dan tanggungjawab terhadap pasukan terletak dibahu pihak pengurusan dan tidak mungkin  dipengaruhi pihak luar,” katanya ketika diminta mengulas laporan  media tempatan mengenai reaksi Timbalan Presiden Kelate.Net, Mahizi Mahmood yang mengecam tindakan kecil ejen itu mungkin merencatkan perancangan ketua jurulatih, Azraai Khor Abdullah dalam menentukan kesebelasan pemainnya.

Tambahnya, dalam keadaan prestasi pasukan yang menurun, adalah tidak adil peminat mencari alasan untuk menutup kelemahan serta menuduh pihak lain.

“Saya ingin menasihati peminat supaya tumpukan usaha  dalam memberi sokongan dan semangat yang tidak berbelah bagi kepada TRW daripada menimbulkan isu yang boleh menjatuhkan moral serta semangat pemain,” katanya.

Skuad bimbingan Azraai akan berdepan Pahang aksi separuh akhir kedua Piala FA di Kota Bharu, Sabtu ini .

Pada separuh akhir pertama  di Stadium Darul Makmur, 9 Mei lalu, Kelantan tewas tipis 0-1 hasil jaringan Matias Conti.

www.sinarharian.com.my

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman