SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


KAFA: Satu Keputusan Tepat

Skuad Kelantan ketika menjuarai Piala Liga Super buat pertama kali musim lalu.

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyambut baik keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyerahkan trofi Liga Super pada perlawanan terakhir menentang Sarawak di Kota Bharu, esok.

Berita baik itu disahkan Naib Presiden Kafa, Rosmadi Ismail yang dihubungi Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Datuk Hamidin Mohd Amin semalam. “Kita mengucapkan terima kasih kepada FAM yang mempertimbangkan rayuan dikemukakan menerusi sepucuk surat oleh Kafa dua hari lalu.

“Piala tersebut akan disampaikan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Affandi Hamzah sebaik sahaja perlawanan Kelantan menentang Sarawak  berakhir malam esok,” katanya.

Sementara itu, Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) menyokong penuh tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang membuat keputusan penyerahan Piala Liga Super 2012 Kelantan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu, malam esok selepas pertandingan menentang Sarawak.

Presidennya, Mohd Khairi Yazid menjelaskan perubahan pendirian FAM yang pada awalnya berhasrat menyerahkan trofi berkenaan kepada Kelantan di Wisma FAM, 20 Julai nanti adalah tindakan bijak demi meningkatkan sokongan peminat terhadap sukan bola sepak tempatan.

“Keputusan ini adalah tepat. Bagi kami, perkara baik demi kebaikan semua pihak perlulah dipuji dan ini secara tidak langsung FAM mendengar keluhan peminat bola sepak khususnya penyokong The Red Warriors (TRW).

“Langkah ini amat menggembirakan kita terutamanya penyokong setia TRW untuk sama-sama merasai detik kecemerlangan pasukan yang berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut,” katanya.

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!