Kelate.net

‘Kami Tidak Mahu Balik Tangan Kosong’

Kemaskini pada May 2, 2015 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Erwin Carrillo

TIGA pemain import iaitu Gilmar Da Silva dari Brazil, Erwin Carrillo (Colombia) dan Austin Amutu (Nigeria) akan menjadi sandaran The Red Warriors (TRW) dalam pertembungan dengan Sarawak pada saingan Liga Super di Stadium Negeri di Kuching, pada Sabtu.

“Sebolehnya kita tak mahu balik tangan kosong dan Amutu rasanya dia mampu beraksi dan dia sendiri mahu bermain,” kata jurulatih Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah.

“Saya yakin beliau mampu beraksi dan moral pemain ketika ini amat baik, selain itu kita masih ada Mohd Nor Farhan Muhammad, Wan Zack Haikal Wan Noor dan lain-lain, kita mahu mencapai kemenangan,” katanya.

Mohd Azraai Khor turut mengingatkan barisan pemain tempatan serta importnya supaya menumpukan pada perlawanan serta mempamerkan aksi terbaik mereka bagi membolehkan TRW berada di kedudukan terbaik dalam liga musim ini.

Kelantan juga perlu berwaspada kerana Sarawak semestinya akan mempamerkan yang terbaik untuk bangkit selepas tewas 0-1 di tangan Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu lepas.

Selepas sembilan perlawanan Liga Super musim ini, Kelantan kini berada di tangga kesembilan dengan 10 mata manakala Sarawak berada di kedudukan ke-10 liga dengan sembilan mata. – Bernama

www.sinarharian.com.my

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman