SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


Kategori : Berita

The Red Warriors Mahu Memburu Tiga Mata

SELEPAS gagal mengambil kesempatan mengutip tiga mata penuh ketika melayan kunjungan Terengganu awal bulan lalu di laman sendiri, Kelantan tidak mahu episod kekecewaan tersebut berulang kembali. Menanti kehadiran Johor FC di Kota Bharu malam ini, skuad kendalian Datuk M.Karathu sedar bahawa lawan mereka bukan calang-calang pasukan kerana Sang Lebah antara pasukan berstatus kelab yang berjaya…Terus pembacaan »»»

Akmal Mohon Maaf

“SAYA mohon maaf kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kerana membuat kenyataan tanpa usul periksa,” kata bekas penyerang Kelantan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang menghubungi Arena semalam. Akmal yang kini mewakili Perak berkata dia menyesal mengeluarkan kenyataan terburu-buru selepas mendapat berita semua pemain Kelantan mendapat bonus selepas skuad The Red Worrior muncul juara Piala Malaysia…Terus pembacaan »»»

Aksi Sulung Cemerlang

KELANTAN 1 Mohd Aris Zaidi (m-11) JOHOR FC 0 KOTA BHARU – Kelantan membuka tirai perlawanan Liga Piala Presiden dengan aksi bergaya setelah mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan Johor FC dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu petang semalam. Beraksi dihadapan hampir 500 peminat setia bola sepak tempatan, gol…Terus pembacaan »»»

KAFA Jawab Isu Bonus Bekas Pemain

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) hari ini menjawab tuduhan berhubung isu bekas empat pemainnya yang mendakwa dinafikan hak pemberian bonus diatas kejayaan membantu pasukan Kelantan menjulang Piala Malaysia buat pertama kali pada musim lalu. Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara tersebut sepatutnya tidak timbul kerana segala urusan pemberian bonus oleh Kerajaan…Terus pembacaan »»»

Kerajaan Negeri Rujuk KAFA

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan akan merujuk kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berhubung isu empat bekas pemainnya yang dinafikan hak pemberian bonus diatas kejayaan menjulang trofi Piala Malaysia pada tahun lalu. Semalam, sebuah akhbar melaporkan empat tonggak The Red Warriors (TRW) musim lalu iaitu Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad, Azizi Matt Rose…Terus pembacaan »»»

Karnival TRW Temui Peminat Sabtu Ini

KOTA BHARU – Siri Jelajah Karnival The Red Warriors (TRW) bakal membuka tirainya buat pertama kali dengan lokasi perkarangan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu menjadi pilihan sempena perlawanan ketiga Liga Super, Kelantan menentang Johor FC pada Sabtu ini. Karnival TRW anjuran Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu akan menghimpunkan kesemua penaja skuad Kelantan musim…Terus pembacaan »»»

Al-Jabbar, Yusmira Teruja Taja TRW

KOTA BHARU – Dua syarikat anak tempatan negeri ini meneruskan tanggungjawab sosial korporat masing-masing apabila menjadi antara penaja bersama pasukan The Red Warriors musim ini. Untuk tahun kedua berturut-turut, Yusmira Trading Sdn Bhd, sebuah syarikat yang memasarkan pelbagai produk berasaskan kesihatan sekali lagi meneruskan kesinambungannya apabila menyumbang sejumlah RM200,000 untuk pasukan bola sepak Kelantan musim…Terus pembacaan »»»

Kelantan Janji Aksi Terbaik

KOTA BHARU – Pasukan Piala Presiden Kelantan kini berada dalam situasi terbaik untuk mengharungi saingan Liga Piala Presiden pada musim ini dengan menghimpunkan pemain-pemain berkaliber. Penolong Pengurusnya, Mohd Yusri Ismail berkata, usaha membentuk pasukan yang mantap sudah bermula sejak beberapa bulan lalu dan ini akan dibuktikan dalam perlawanan sulung menentang pasukan Johor FC di Stadium…Terus pembacaan »»»

Hari Keluarga Kelate.Net Meriah

BACHOK – Sambutan Hari Keluarga Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) yang diadakan di Bayu Melawi Chalet, Pantai Melawi baru-baru ini berlangsung penuh meriah apabila 107 peserta termasuk dalam kalangan ahli keluarga kelab berkenaan menyertai program tersebut. Pengarah Program, Mahizi Mahmood berkata, ini merupakan kali kedua penganjuran program sambutan hari keluarga itu diadakan selepas…Terus pembacaan »»»

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!