KOTA BHARU – Kejayaan Kelantan menundukkan Perlis 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Utama Negeri, Kangar malam kelmarin disifatkan tepat pada masanya oleh pengendali pasukan Kelantan setelah tewas dalam dua perlawanan terdahulu. B Sathianathan berkata, walaupun sekadar menang dua gol dalam perlawanan itu tetapi kemenangan tersebut menyuntik moral para pemainnya setelah dirundum kekalahan demi kekalahan…Terus pembacaan »»»
KANGAR – Kelantan mencatatkan kemenangan pertama daripada tujuh perlawanan persahabatan yang diharungi setakat ini apabila menewaskan Perlis 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama Negeri, Kangar malam semalam. Kejayaan menewaskan Singa Utara 2-0 di Kangar malam semalam juga menyaksikan Kelantan serentak turut dinobatkan sebagai juara edisi kedua Piala Muhibbah Datuk Seri Shahidan Kassim sejak…Terus pembacaan »»»
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) mengucapkan terima kasih kepada Al-Jabbar Group Sdn Bhd melalui Al Jabbar Sport Dot Com kerana menyumbangkan tiga buah gendang untuk kegunaan penyokong setia bola sepak The Red Warriors di Lembah Kelang. Majlis penyerahan gendang tersebut telah disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa…Terus pembacaan »»»
KOTA BHARU – Juara Piala Malaysia musim lalu, Kelantan terus dihimpit episod kedukaan setelah tewas dua perlawanan berturut-turut kepada pasukan utara tanah air, dalam siri kedua persiapan pra-musim pasukan ini bagi menghadapi Liga Malaysia tidak lama lagi. Dalam perlawanan persahabatan pertama di Alor Setar, Kelantan tewas 0-1 di tangan tuan rumah Kedah, hasil jaringan sendiri…Terus pembacaan »»»
KOTA BHARU – Seramai 15 ahli Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) mencipta sejarah apabila berjaya menawan puncak Bukit Keluang, Besut dalam satu ekspedisi yang diadakan kelmarin. Aktiviti Menawan Puncak Bukit Keluang anjuran Kelate.Net bermula dengan konvoi beramai-ramai sebanyak 10 buah kereta dari perkarangan Stadium Sultan Muhammed IV ke destinasi tersebut yang terletak sejauh…Terus pembacaan »»»
KOTA BHARU – Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) menyambut baik usaha yang giat dilakukan oleh semua pihak di negeri ini dalam memastikan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu dapat digunakan untuk perlawanan bola sepak Liga Malaysia sepanjang musim ini. Presidennya, Marhasyim Mat berkata, usaha yang giat dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Perbadanan…Terus pembacaan »»»
KOTA BHARU – Pemain paling muda dalam skuad Liga Super Kelantan, Nicholas Chan menyatakan rasa terujanya apabila diberi peluang mewakili negeri ini dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Nicholas, 19 tahun, yang baru sahaja pulang daripada menimba pengalaman menjalani latihan di Australia baru-baru ini mengikat kontrak sebagai pemain Piala Presiden Kelantan namun dinaiktaraf berlatih dan…Terus pembacaan »»»
KOTA BHARU – Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan mahu peminat bola sepak Kelantan berpijak dibumi yang nyata dan tidak terlalu mengharapkan keajaiban daripada pemain baru, Nicholas Chan yang pernah berkelana menimba pengalaman berlatih dengan beberapa kelab luar negara sebelum ini. Sathianathan berkata, sebagai pemain yang baru melaporkan diri menjalani latihan bersama skuad Kelantan, Nicholas Chan…Terus pembacaan »»»
KOTA BHARU – Keresahan peminat setia bola sepak Kelantan mengenai status terkini Stadium Sultan Muhammed IV, satu-satunya gelanggang terbaik bagi pertandingan bola sepak Liga Malaysia yang terdapat di negeri ini dijangka dapat diketahui tidak lama lagi apabila usaha membaikpulih kerosakan di stadium tersebut sedang giat dilakukan oleh pihak Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) dengan kerjasama Persatuan…Terus pembacaan »»»
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!