KOTA BHARU – Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) menyokong penuh pencalonan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden bagi penggal 2010/2014 sempena mesyuarat agung tahunan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang akan diadakan pada 31 Julai ini. Presiden Kelate.Net, Marhasyim Mat berkata, pihaknya menyokong penuh…Terus pembacaan »»»
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan akan mengadakan rombongan ke Stadium JCORP, Pasir Gudang, Johor pada 31 Julai 2010 (sabtu). Maklumat lanjut sila hubungi Abe Jera 012-2964811 atau Rosdi 013-2681858.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!