SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


Kelantan Alami Masalah Pertahanan

Mohd Daudsu Jamaluddin telah digantung kerana menerima kad merah.

Kelantan akan mempunyai ruang di bahagian pertahanan untuk perlawanan kedua separuh akhir Piala FA menentang Kedah.

Pemain pertahanan skuad The Red Warriors, S.Subramaniam dan Mohd Daudsu Jamaluddin telah digantung.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim memberitahu bahawa perlawanan sukar menanti Kelantan pada perlawanan kedua di Stadium Darulaman pada 1 Mei nanti.

“Selain penggantungan pemain kami juga akan mengharungi perlawanan Piala AFC pada hari Selasa sementara Kedah mempunyai 10 hari untuk rehat,” kata Azman kepada The Star.

Selain waktu rehat yang panjang itu juga, Kedah mempunyai kelebihan gol di tempat lawan dan Kelantan mesti menang di Alor Setar untuk layak ke final Piala FA buat kali kedua berturut-turut.

Azman berkata tugas mereka sukar kerana mereka perlu fokus tiga pertandingan yang berlainan dalam masa yang sama. Mereka kini di tempat kedua liga dan mereka menuju ke pusingan kedua Piala AFC.

Kedudukan Kedah dalam liga tidak memberangsangkan tetapi mereka telah menujukkan perubahan mendadak sejak mendapatkan khidmat pemain dari Croatia, Vedran Gerc.

Berita baik untuk Kelantan adalah kehadiran semual Norshahrul Idlan Talaha selepas cedera dua bulan. Norshahrul telah menjaringkan gol pertamanya dalam masa dua bulan ketika bertemu Kedah Sabtu lepas.

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!