Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!

Kelantan Harap Sentuhan Fakri Lawan T-Team

Kemaskini pada 27/04/2013 / Oleh Webmaster


Ahmad Fakri Saarani

Kota Bharu: Kelantan mengharapkan sentuhan berbisa Ahmad Fakri Saarani menjelang pertemuan dengan pasukan jiran, T-Team dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad, malam ini.

Skuad The Red Warriors (TRW) itu juga dituntut melupakan segera kekalahan memalukan 1-6 kepada kelab dari Maldives, Maziya Sports & Recreation Club (SRC) dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Selasa lalu.
Harap dapat raih tiga mata

Kami harap Ahmad Fakri dapat bermain baik malam esok (malam ini) membantu pasukan menumpaskan T-Team. Harapan kami hanya untuk dapat tiga mata dan mengejar sekurang-kurangnya dalam kelompok empat pasukan teratas. Kita sudah jauh ditinggalkan pendahulu, Lions XII.

Semua pemain perlu melupakan kekalahan kepada Maziya SRC tempoh hari kerana ia boleh menjatuhkan moral pemain untuk perlawanan malam esok (malam ini), kata pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim ketika dihubungi, semalam.

Selain itu, dia turut mengakui T-Team akan turun dengan semangat tinggi terutama selepas pasukan yang di gelar The Titans itu berjaya menewaskan Perak, Sabtu lalu.

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.


Sokongan Kami Zaman Berzaman