Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!

Kelantan Lupus Cukai Hiburan Ke Atas KAFA

Kemaskini pada 07/02/2013 / Oleh Webmaster
Ab Fattah Mahmood

KERAJAAN Kelantan hari ini bersetuju untuk melupuskan cukai hiburan yang dikenakan terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi tahun lepas yang dianggar berjumlah RM300,000.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Datuk Ab Fattah Mahmood berkata kerajaan negeri juga bersetuju untuk tidak mengenakan cukai itu kepada Kafa bagi tahun ini.

“Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini, bagi menghargai Kafa dan juga komitmen kerajaan negeri dalam memastikan sukan bola sepak terus berkembang maju di Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Kota Bahru.

Enakmen Cukai Hiburan 1953 memperuntukkan kerajaan Kelantan mengenakan cukai hiburan sebanyak lima peratus terhadap mana-mana jenis pertandingan sukan melibatkan binatang atau manusia.

Pada April 2010, kerajaan negeri memutuskan untuk melupuskan tunggakan hutang cukai hiburan yang dipungut melalui jualan tiket perlawanan bola sepak oleh Kafa berjumlah lebih RM198,000 sejak 2003. – Bernama

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.


Sokongan Kami Zaman Berzaman