SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


Kelantan Perit Jumpa ATM

Aksi pemain Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (kiri) ketika pasukannya mengalahkan Kedah 2-1 dalam perlawanan Piala Malaysia di Kota Bharu, Sabtu lalu.

KOTA BHARU – Pengurus Red Warriors, Azman Ibrahim mengakui pasukannya berdepan tugas sukar bertemu ATM dalam perlawanan ketiga Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium MP Selayang, malam ini.

Menurutnya, Red Warriors tidak boleh mengambil mudah kemampuan pasukan lawan selepas ATM meraih dua kemenangan ke atas Kedah dan Terengganu.

“Kemampuan pasukan ATM tidak boleh dipandang rendah. Kepakaran yang dimiliki oleh ketua jurulatihnya B.Sathianathan pasti ditagih oleh ATM untuk menumpaskan kami esok (hari ini).

“Jadi kita perlu bersedia sepenuhnya dalam perlawanan ini. Saya harap pemain dapat memberikan aksi terbaik dan memastikan tiga mata menjadi milik Kelantan,” katanya, semalam.

Beliau berharap barisan pemain Red Warriors mampu meneruskan rentak kemenangan apabila bertemu ATM dalam usaha mencerahkan peluang ke pusingan suku akhir.

Jelasnya, jika Kelantan berjaya mengekalkan prestasi tersebut tidak mustahil mereka mampu melangkah jauh dalam saingan musim ini.

Sementara itu, Sathianathan tidak menganggap pengalaman mengemudi Kelantan beberapa musim lalu menjadi kelebihan kerana pemain Red Warriors juga begitu masak dengan cara kerja beliau sepanjang dua tahun di Kota Bharu. “Semua pemain Kelantan yang beraksi ketika saya di sana saya amat mengenali corak permainan mereka dan hubungan kami cukup rapat, bukan sekadar antara pemain dan jurulatih semata-mata.

“Namun jika ramai peminat fikir ia bakal memberikan satu kelebihan besar buat ATM, saya rasa tidak sama sekali kerana mereka juga tahu gaya permainan saya, jadi dua-dua pihak mempunyai kelebihan dan kekurangan, ia bermakna persaingan yang adil, ” katanya.

c

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!