SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


Kelantan Perkuat Red Warriors Bagi Saingan Musim Hadapan – Annuar

Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) — Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan terus mempertingkat prestasi dan memperkukuh skuad Red Warriors bagi menghadapi saingan domestik dan antarabangsa musim hadapan.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata KAFA mempunyai konsep tersendiri dalam meningkatkan kekuatan pasukan melalui kaedah pencarian bakat baru,

Beliau berkata KAFA akan melakukan penambahbaikan terhadap pasukan dengan melihat posisi mana yang lemah dan mendapatkan pemain baharu yang bersesuaian.

“Saya dan Bojan (jurulatih Kelantan, Bojan Hodak) telah merangka pelan tindakan dengan melantik beberapa individu untuk melaksanakan tugasan pencarian bakat baharu itu.

“Mereka akan menilai pemain-pemain baharu yang sesuai untuk Kelantan melalui setiap perlawanan domestik,” kata Annuar, yang kini digantung daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak selama 30 bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM, kepada Bernama.

c

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!