Kelate.net

Kelantan Tekad Keluar Zon Bahaya

Kemaskini pada June 23, 2015 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Harap barisan pemain fokus sepenuhnya meneruskan baki perlawanan selepas tempoh rehat agak lama.
Harap barisan pemain fokus sepenuhnya meneruskan baki perlawanan selepas tempoh rehat agak lama.

Kota Bharu: Kelantan berazam keluar daripada kelompok bawahan dan untuk itu, skuad kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah mahu menjadikan Sime Darby FC sebagai mangsa apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini.

Azraai berkata, persiapan rapi sudah dijalankan bagi memastikan The Red Warriors (TRW) keluar daripada zon bahaya dengan skuad itu kini berada di kedudukan ke-10 Liga Super selepas 10 perlawanan.

Katanya, selepas tamat kempen Piala FA, tumpuan kini terarah kepada saingan Liga Super khususnya usaha memperbaiki kedudukan bagi mencapai misi ditetapkan pengurusan tertinggi iaitu menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas.

“Kita mahu bangkit dalam saingan Liga Super sekali gus menempatkan pasukan pada kedudukan lebih selesa seperti disasarkan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

“Saya harap barisan pemain fokus sepenuhnya meneruskan baki perlawanan selepas tempoh rehat agak lama diberikan dan saya yakin pemain dapat beraksi dengan baik untuk mengekang asakan lawan.

Seboleh-bolehnya kami mahu menjaringkan gol awal bagi memberi suntikan semangat,” katanya.

Bagaimanapun, jurulatih berusia 63 tahun itu tidak memandang rendah keupayaan Sime Darby FC yang dipimpin Ismail Zakaria itu dan mereka juga pasti mengidam untuk melonjak ke kedudukan lebih baik berbanding tangga tercorot ketika ini.

“Sudah tentu tuan rumah mempunyai perancangan untuk lari daripada kedudukan bahaya dan pastinya mereka mahu menang. Kelebihan beraksi di kubu sendiri pasti dimanfaatkan sepenuhnya untuk meraih kemenangan namun saya selalu ingatkan pemain supaya tidak leka selain memastikan pergerakan lawan dirantai.

“Kita perlu berjuang habis-habisan jika tidak mahu pulang tangan kosong,” katanya.

www.hmetro.com.my

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman