Kelate.net

Kelantan Yakin Mampu Benam Pahang

Kemaskini pada June 13, 2014 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Piya, berkata beliau mahu rakan sepasukannya mengekalkan aksi bertenaga ketika mengalahkan Lions XII 2-1, Selasa lepas.
Piya, berkata beliau mahu rakan sepasukannya mengekalkan aksi bertenaga ketika mengalahkan Lions XII 2-1, Selasa lepas.

KAPTEN ‘The Red Warriors’, Mohd Badri Mohd Radzi optimis pasukannya mampu membenam juara Piala FA 2014, Pahang pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Pahang, Sabtu ini.

Mohd Badri, yang lebih mesra disapa Piya, berkata beliau mahu rakan sepasukannya mengekalkan aksi bertenaga ketika mengalahkan Lions XII 2-1, Selasa lepas.

“Kita tahu semangat mereka (Pahang) masih membara selepas menjuarai Piala FA tetapi kita inginkan kemenangan.

“Saya harap kita dapat kekalkan rentak permainan seperti menentang Lions XII kerana ia misi untuk menang bagi mendapatkan kedudukan terbaik dalam liga ,” katanya ketika di hubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata Kelantan mungkin akan beraksi menentang Pahang tanpa kelibat penyerang importnya Francis Forkey Doe.

“Forkey Doe dijangka tidak dapat beraksi, saya yakin jurulatih ada strategi tersendiri untuk memenangi perlawanan menentang Pahang ini.

“Kita akan buat yang terbaik kerana kita ke sana untuk dapatkan kemenangan tetapi jika seri ia sudah memadai,” katanya.

Beliau berkata rakan sepasukan harus berwaspada dengan penyerang import Pahang iaitu Dickson Nwakaeme dan Matias Conti yang mampu memberi masalah buat pertahanan Kelantan.

“Mereka juga ada R.Gopinathan dan Mohd Faizol Hussien yang cukup berbahaya selain semangat mereka juga luar biasa apabila bermain di  tempat sendiri, kita kena berwaspada,” katanya.

Kelantan kini berada di kedudukan kelima liga selepas 18 perlawanan dengan 28 mata, sembilan mata di belakang pendahulu liga iaitu Selangor.  – Bernama

www.sinarharian.com.my

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman