Kelate.net

Kijang Menang Lagi

Kemaskini pada June 30, 2008 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Kota Bharu – Perlawanan bolasepak TM Piala Malaysia diantara Kelantan bertemu Selangor di Stadium Sultan Muhammad Ke-4, Kota Bharu malam tadi dimenangi pasukan tuan rumah dengan jaringan 5-2.

Walaupun bertemu pasukan handalan dan dibarisi ramai bintang Kebangsaan, Kelantan tidak menunjukkan belas kasihan apabila memulakan pesta gol dengan jaringan pembukaan oleh Mohamodou Mustapha seawal minit ke 7. Gol berpunca dari hantaran cantik Enock bentil kepada Mustopha dan bola disudahkan Mustopha ke penjuru kanan pintu gol Selangor.

Kelantan hampir mengandakan gol pada minit ke-10 apabila Enock Bentil yang berjaya melepasi kawalan pemain Selangor melepaskan satu sepakan kencang ke pintu gol tetapi bola melambung tinggi melepasi palang.

Hasil satu sepakan sudut, Selangor akhirnya mendapat gol penyamaan apabila Evans Chisulo yang tidak dikawal berjaya melepasi perangkap offside terus melakukan rembatan rendah gagal diselamatkan Mohd Sharizan Ismail minit ke-14.

Gawang Kelantan sekali lagi diuji oleh penyerang Kebangsaan, Mohd Safee Sali dimana rembatannya berjaya diselamatkan barisan pertahanan sebelum ditangkap Shahrizan untuk memberi kelegaan kepada penonton yang hadir ke stadium.

Setelah bertungkus lumus menahan percubaan pemain Kelantan, Suffian Abdul Rahman akhirnya tertewas lagi apabila bola lintangan Amri Faizal pada minit ke-34 ditanduk masuk pemain pemain pertahanan Selangor, Mohd Nazrulerwan.

Mohammodou Mustapha sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada pasukan Merah kuning apabila bola hantaran jauh Jan Necas dari kawasan Kelantan pada minit ke 40 disambung kemas Mustopha untuk memberikan pendahuluan selesa kepada skuad Kijang.

Kelantan terlepas peluang keemasan setelah Enock bentil yang berseorangan berjaya melepasi perangkap offside Selangor tetapi diselamatkan penjaga gol beberapa minit sebelum wisel penamat separuh masa dibunyikan pengadil yang bertugas.

Pada babak kedua, Kelantan yang memulakan bola dengan Enock melakukan serangan pantas apabila mengelecek 4 pemain pertahanan Selangor sebelum melepaskan rembatan deras ke gawang namun ditepis Suffian untuk sepakan penjuru.

Stadium Sultan Muhamad kembali bergema minit ke-54 apabila hasil satu sepakan percuma Mohd Badri Radzi ke arah gawang Selangor, Enock Bentil yang mendapat cabaran dari Shukor Adan berjaya melepaskan satu tendakan kencang untuk gol ke empat Kelantan.

Pemain Selangor mengandakan usaha untuk merapatkan kedudukan dan mereka dapat menjaringkan gol kedua melalui Frank Seator akibat dari salah faham diantara Jan Necas dan Mohd Shahrizan pada minit ke-74. Gol ini menimbulkan kontroversi apabila Necas mendakwa beliau ditolak Seator ketika perebutan bola di dalam kotak penalti.

Setelah gol kedua tersebut, kelantan lebih banyak bertahan bagi mengelakkan Selangor menambah jaringan. Minit ke-92, Mohd Badri radzi mengembirakan hampir 18000 penonton yang hadir ke stadium apabila bola lambungannya dari penjuru kanan melemaskan penjaga gol Selangor untuk memberikan gol kelima kepada kelantan.

Walaupun hujan turun di akhir perlawanan, ia tidak dapat menghalang kemaraan pasukan kelantan dari mencatat kemenangan mutlak 5-2 untuk terus kekal di persada kumpulan A. Kijang melompat riang membenam Gergasi Merah Kuning yang tempang di hujung saingan.

 

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman