SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


Kombinasi Mantap?

Norshahrul Idlan Talaha (kanan) antara pemain Kelantan yang disenaraikan dalam kesebelasan utama menentang Filipina, kelmarin.

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa menganggap keputusan seri tanpa jaringan Harimau Malaya ketika melayan kunjungan Filipina, kelmarin berpunca daripada pemilihan pemain kurang mantap.

Menerusi laman Facebook miliknya, Annuar turut mempertikaikan kehadiran tiga pemain skuad Liga Perdana dalam kesebelasan utama yang dilihat kurang menyengat.

“Kenapa dua pasukan teratas Liga Super yang beraksi dalam saingan AFC hanya diwakili seorang pemain sedangkan satu pasukan dari Liga Perdana pula diwakili tiga pemain dalam kesebelasan utama?.

“Pemain yang dipilih untuk mewakili skuad kebangsaan (senior) sepatutnya perlu dinilai berdasarkan prestasi terkini.

Itulah amalan seluruh dunia,” katanya yang turut kurang berpuas hati aksi dipamerkan penyerang kelab Pelita Jaya FC, Safee Sali.

Dalam perkembangan lain, turut mengulas mengenai persetujuan FAM untuk menambah subsidi kepada tiga persatuan tetapnya iaitu Persatuan Bola Sepak Melayu, Cina dan India sebanyak RM100,000 setahun berbanding RM50,000 sebelum ini, Annuar berkata, dengan pelbagai tajaan dan sumbangan yang diberikan oleh kerajaan serta kemudahan prasarana berkualiti, adalah mustahil bagi bola sepak negara tidak maju.

“Namun apakah benar kita mahu kemajuan tersebut?. Di mana blueprint kita? Apa kerja pemimpin persatuan, bagaimana kita mengurus organisasi, ke mana kita belanjakan wang tajaan tersebut, apa kualiti pegawai bergaji dan yang paling penting, apa peranan ahli gabungan dalam memantau prestasi serta gerak kerja persatuan?,” katanya yang menyeru agar perubahan dilakukan sekiranya benar kemajuan dalam sukan bola sepak amat diperlukan.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!