SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


Mandjou Perkuat Kelantan Jumpa Kelab Iraq

Keita Mandjou

KOTA BHARU – Wakil tunggal negara dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Kelantan bercadang untuk membawa masuk beberapa muka baru bagi memperkasakan pasukan menjelang pertemuan dengan wakil Iraq, Arbil pada saingan suku akhir pertama pada 15 September ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan itu selaras dengan peraturan AFC, iaitu pasukan yang layak ke saingan suku akhir boleh mendaftarkan pemain baru sebelum Ogos ini.

Beliau berkata, pihaknya bercadang mengambil beberapa pemain tempatan yang tidak terlibat dalam saingan Piala Malaysia dan sedang mengenal pasti pemain tersebut.

“Keita Mandjou menjadi pemain import baru Red Warriors untuk saingan AFC.

“Dia akan menjalani latihan bersama pasukan bermula 25 Jun ini serta akan beraksi menentang kelab Liga Perdana Inggeris Queen Park Rangers (QPR) nanti.

“Selain itu, saya meminta ketua jurulatih Bojan Hodak untuk mencari seorang lagi pemain import. Tidak salah Kafa mengeluarkan sedikit belanja bagi memperkuatkan pasukan dalam mengharungi saingan AFC,” katanya.

Tambahnya, secara tidak langsung Kelantan dapat mengimbangi kekuatan wakil dari Iraq itu yang begitu berpengalaman dalam saingan berkenaan.

Mengulas mengenai peluang pasukannya pada pertandingan tersebut, Annuar berkata, dia meletakkan sasaran untuk meraih keputusan seri pada perlawanan pertama di Iraq dan menang di Kota Bharu.

Sumber: http://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!