Kelate.net

Misi Besar Di Gelanggang Keramat

Kemaskini pada June 29, 2008 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Pasti semua mata peminat bola sepak tempatan terutama penyokong setia pasukan Sang Kijang Emas dan The Red Giant akan tertumpu kepada satu perlawanan yang dianggap perlawanan pilihan Isnin ini. Apa tidaknya, selepas Sang Kijang Emas berjaya menconteng malu Sang Penyu yang dianggap antara pasukan gergasi Liga Super musim ini, kini tiba giliran sebuah lagi pasukan pilihan Liga Super iaitu pasukan Selangor Darul Ehsan. Hadir dengan reputasi pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Malaysia, sebenarnya mereka harus menyedari bahawa Sang Kijang Emas kini dalam keadaan yang cukup selesa untuk menang apalagi beraksi di gelanggang keramat yang menyaksikan TIADA LAGI KEKALAHAN SETAKAT INI!!!

Satu rekod yang cemerlang yang ditunjukkan pasukan Kelantan yang semestinya sudah bersedia untuk ‘berpecak’ sekali lagi di bumi keramat Stadium Sultan Muhammad Ke-4 nanti. Pasti Selangor menyedari ranjau berduri yang akan menghiasi perjalanan mereka selama 90 minit di stadium tersebut. Kini status kedua pasukan yang bermain dalam dua liga yang berlainan bukan lagi menjadi ukuran. Tentunya Selangor terkejut dengan kemenangan Kelantan ke atas Terengganu tempohari. Apatah lagi mereka hanya sekadar seri dengan Sang Penyu di satdium yang sama. Ini mencetuskankan sedikit kebimbangan di kem pasukan tersebut.

Pastinya kita menagih lagi kebijaksanaan jurulatih yang semakin menempatkan diri di hati peminat Kelantan akhir-akhir ini. Kalau di Terangganu beliau memerangkap Sang Penyu dengan farmasi psikologi iaitu 4-4-1-1 yang berjaya menghasilkan kemenangan, kini kita tunggu dan lihat apakah lagi percaturan hebat jurulatih berpengalaman ini. Tetapi menjadi kebiasaan, kita akan menggunakan farmasi asas iaitu 4-4-2 atau mungkin juga boleh berubah kepada 4-3-3 yang lebih kepada corak serangan bagi menghasilkan jaringan buat meranapkan impian Selangor.

Selangor hadir dengan kelukaan selepas diaibkan Sang Rusa dengan jaringan 3-0 di stadium mereka sendiri. Kelantan pula masih lagi bergembira atas kejayaan 2-1 ke atas Terengganu di stadium lawan. Sudah tentu Kota Bharu akan menyaksikan satu perlawanan yang dijangka menjadi tumpuan ramai. Mereka hadir dengan membawa pemain-pemain kebangsaan yang ada dalam pasukan mereka. Kelantan pula mempertaruhkan pemain-pemain muda yang kini sedang meningkat naik. Kita akan menyaksikan adakah pemain muda Kelantan yang kurang pengalaman ini akan mampu merebahkan ego selangor yang gah dengan senarai pemain yang berkasi dengan pasukan kebangsaan. Itu yang akan menjadi tumpuan kita Isnin ini.

Senarai pemain kelantan dijangka masih lagi sama atau berlaku sedikit transformasi jikalau Regis melakukan suntikan perubahan terhadap farmasi pasukan ketika ini. Dengan peningkatan prestasi rata-rata pemain dalam perlawanan menentang Terengganu lepas, kini Regis sudah boleh mengukir senyuman kerana inilah yang dimahukan bagi memudahkan beliau mencatur hala tuju pasukan. Mungkin kita boleh katakan peningkatan pemain ini adalah hasil bimbingan Cikgu jan sebelum ini, tetapi jangan kita lupa dengan sentuhan

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman