Kelate.net

Nasib Boateng Diputuskan Mesyuarat Pengurusan KAFA

Kemaskini pada March 23, 2015 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
George Boateng
George Boateng

NASIB pengendali Kelantan, George Boateng bakal diketahui apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bakal mengadakan mesyuarat malam ini dengan tumpuan lebih kepada kedudukan jurulatih tersebut.

Berdasarkan sumber terdekat Kafa, mesyuarat tersebut diadakan bertujuan membincangkan prestasi semasa The Red Warrios (TRW) selepas aksi kurang memberangsangkan dalam saingan Liga Super dan Piala FA baru-baru ini.

“Kita akan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian memastikan Kelantan kembali mempamerkan prestasi sebenar khususnya dari segi pentadbiran dengan kehadiran semua exco Kafa.

“Namun isu utama dalam mesyuarat tersebut ialah kedudukan Boateng selaku jurulatih, Isu ini antara yang utama, sama ada Boateng akan kekal atau tidak ia akan diketahui dalam mesyuarat hari ini,” katanya.

Ditanya kebarangkalian bekas pengendali Kedah, Negeri Sembilan dan Perak, Azraai Khor Abdullah mengambil alih jawatan tersebut, sumber tersebut tidak menolak kemungkinan selain beberapa calon tempatan yang lain.

“Kita tidak mahu masalah kemerosotan prestasi pasukan semasa di bawah bimbingan Steve Darby kembali berulang dalam kem TRW.

“Kelantan memiliki pasukan serba lengkap baik penyerang import mahupun pemain tempatan. Tapi mengapa keputusan semasa tidak menggambarkan kedudukan sebenar. Pastinya ada sesuatu yang tidak kena dan kita perlu segera memperbaikinya.

“Sebenarnya kita mempunyai ramai calon tempatan yang berkemampuan serta memahami permasalahan dihadapi pemain, bukannya Boateng tidak bagus cuma ia agak sukar untuk mendalami kehendak pemain.

“Azraai antara salah seorang jurulatih tempatan yang dilihat mampu mengalas tanggungjawab tersebut, tapi apa pun tunggulah keputusan mesyuarat malam ini,” katanya.

Kedudukan Boateng selaku jurulatih Kelantan kini menjadi bualan hangat khususnya di kalangan peminat setia TRW yang mahukan pengurusan Kafa mengambil tindakan segera mengatasinya untuk mengelakkan kemerosotan prestasi Pahlawan Merah.

Boateng dilantik sebagai jurulatih Kelantan apabila Kafa merehatkan Steve Darby pada 16 April 2014 susulan prestasi hambar Darby yang membimbing Kelantan pada masa itu.

Khidmat Boateng terus ditagih Kafa bagi mengharungi musim 2015 namun dengan beberapa keputusan perlawanan yang tidak memihak Kelantan pastinya pengendali kelahiran Ghana ini bakal menerima nasib sama seperti Darby.

www.sinarharian.com.my

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman