SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


Kongsi Mata

KELANTAN 0 SABAH 0 KOTA BHARU – Kelantan terus dirundum malang apabila gagal mengutip mata penuh setelah sekadar seri tanpa jaringan dengan Sabah dalam aksi perlawanan bola sepak Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi. Turun tanpa penyerang utama, Norshahrul Idlan Talaha dan perancang tengah, Mohd Shakir Shaari, jelas…Terus pembacaan »»»

Azman: Pemain Tak Berfungsi Dengan Baik

SEMUA pemain gagal berfungsi dan kualiti permainan sangat teruk. Itu komen pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim, ekoran kekalahan memalukan pasukannya yang dibenam Perak 4-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, malam kelmarin. Tanpa menyembunyikan kekecewaan tersebut, beliau memberitahu bahawa satu post-mortem akan dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kekalahan tersebut yang disifatkan paling buruk…Terus pembacaan »»»

Kekalahan Sukar Diterima

KOTA BHARU – Tewas dengan jaringan satu gol mungkin boleh diterima namun kekalahan besar empat gol tanpa balas menceritakan segala-galanya bahawa perjalanan The Red Warriors untuk menjulang kejuaraan Liga Super musim ini tidak semudah yang disangkakan biarpun memulakan saingan liga pada awal musim dengan permulaan yang cukup cemerlang. Dalam perlawanan Liga Super malam semalam, Perak…Terus pembacaan »»»

Misi Balas Dendam

KOTA BHARU – Perit dengan kekalahan 0-3 pada perlawanan pusingan pertama, Skuad Piala Presiden Kelantan berazam mahu membalas dendam dengan mencipta kemenangan ke atas pendahulu liga, Sabah apabila kedua-dua pasukan turun beraksi dalam perlawanan Liga Piala Presiden di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu petang ini. Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail berkata, kekalahan pada perlawanan pusingan…Terus pembacaan »»»

Kelantan Kena Belasah

PERAK 4 Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri (m-5) Mohd Shafiq Jamal (m-26) Akmal Rizal Ahmad Rakhli (m-78) Razali Umar Kandasamy (m-81) KELANTAN 0 IPOH – Perak membuktikan mereka antara pasukan yang harus diberi perhatian musim ini apabila mudah membenam saingan Kelantan menerusi kemenangan besar 4-0 dalam aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak,…Terus pembacaan »»»

Signifikan Pertemuan Dua Jurulatih

KOTA BHARU – Pertemuan Liga Super diantara Perak menentang Kelantan di Stadium Perak, Ipoh malam ini bukan sahaja menjadi tumpuan bagi peminat bola sepak kedua-dua pasukan tetapi turut memberi makna tersendiri bagi pengendali pasukan terbabit. Bagi Norizan Bakar, setelah tiga tahun menyepi daripada kancah bola sepak tempatan, dimana kelibatnya kali terakhir dilihat membimbing Kelantan pada…Terus pembacaan »»»

Misi Kelantan ‘Calar’ Ego Seladang Di Ipoh

KOTA BHARU – Kemenangan besar 6-0 ke atas Felda United di Kota Bharu, Sabtu lalu mengiringi peneraju Liga Super, Kelantan apabila berdepan pasukan di tangga ketiga Perak di Ipoh, hari ini. Selain misi memungut tiga mata, pertembungan kedua-dua pasukan itu bukan sahaja menjanjikan aksi sengit, sebaliknya ada misi yang berbeza yang mahu dilakarkan oleh Datuk…Terus pembacaan »»»

Karathu Lega Kelantan Kembali Tunjuk Garang

SELEPAS tewas mengejut di tangan T-Team Selasa lalu, Kelantan ibarat sang Singa yang terluka apabila menjadikan Felda United sebagai mangsa pertama selepas membaham pasukan tersebut 6-0 dalam aksi di Stadium Sultan Muhammed Ke IV malam kelmarin. Lebih manis, kemenangan tersebut juga melonjakkan kedudukan Kelantan untuk mengungguli persada liga biarpun terpaksa berkongsi mata dengan Selangor, namun…Terus pembacaan »»»

Kelantan Berpesta Gol

KELANTAN 6 Mohd Shakir Shaari (m-33) Norshahrul Idlan Talaha (m-40) Mohd Nizab Ayub (m-60, 71) Danial Fadzly Abdullah (m-82) Mohd Izuan Salahuddin (m-89) KL FELDA UNITED FC 0 KOTA BHARU – Kelantan kembali merampas kedudukan selaku pendahulu liga setelah berpesta gol membelasah KL Felda United FC 6-0 dalam aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di…Terus pembacaan »»»

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!