SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


KAFA Akur Penggantungan Sathianathan

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menerima dengan terbuka keputusan hukuman penggantungan selama enam bulan ke atas Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan oleh Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkuatkuasa dua hari lalu. Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya berdukacita dengan keputusan itu tersebut tetapi pada masa yang sama terpaksa…Terus pembacaan »»»

6 Pasukan Bakal Beri Cabaran

KOTA BHARU – Dalam menghadapi saingan Liga Malaysia yang lebih kompetitif bermula Sabtu ini, naib juara Liga Super musim lalu, Kelantan kini bukan sahaja berdepan dengan ujian getir untuk berada dalam sasaran kelompok empat pasukan terbaik, tetapi juga bakal menghadapi tentangan sengit daripada beberapa pasukan terkuat musim ini. Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan…Terus pembacaan »»»

Tajaan ‘happy’ Untuk Pembangunan Bola Sepak Kelantan

KOTA BHARU – Tajaan bernilai jutaan ringgit untuk pasukan The Red Warriors (TRW) oleh pihak happy sebagai penaja utama Kelantan musim ini kini membuka satu lagi dimensi baru dunia pengkorporatan terhadap industri sukan bola sepak di negeri ini. Tanpa mahu memperincikan jumlah tajaan sebenar, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa berkata,…Terus pembacaan »»»

Azraai Dirisik Kelantan

KUALA LUMPUR – Bekas jurulatih Harimau Muda dan Kedah, Azraai Khor Abdullah memberitahu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa ada bertanya kepadanya sama ada berminat memikul tanggungjawab sebagai jurulatih Kelantan pada musim ini. Menurutnya, menerusi perbualan telefon, Annuar ada bertanyakan sama ada dia berminat mengendalikan skuad Kelantan pada musim hadapan sekiranya…Terus pembacaan »»»

Sathia Nyala Semangat Kelantan

KUTIP tiga mata Liga Super dan rampas Piala Sultan Ahmad Shah daripada Selangor! Itu pesan jurulatih Kelantan, B Sathianathan yang kembali menerima padah hukuman penggantungan enam bulan yang tertangguh sejak Oktober lalu. “Saya masih belum melihat surat penggantungan itu, selepas membaca sendiri surat itu baru saya akan bincangkan dengan Tan Sri (Annuar Musa) mengenai kedudukan…Terus pembacaan »»»

Sathia Kekal Digantung 6 Bulan

KUALA LUMPUR – Persiapan penyandang juara Piala Malaysia, Red Warriors bagi menghadapi musim baru Liga Malaysia 2011 ditimpa musibah besar apabila mereka tidak dapat menggunakan khidmat jurulatih, B. Sathianathan sehingga 23 Julai ini. Malah, bagai jatuh ditimpa tangga, pengurusan skuad Kelantan juga terpaksa mencari seberapa segera jurulatih baru yang mempunyai lesen kejurulatihan kelas A sebelum…Terus pembacaan »»»

Kelantan Kena Lagi

BELUM pun saingan Liga Malaysia musim ini membuka tirainya, Kelantan, juara Piala Malaysia 2010, sudah menerima perkhabaran buruk. Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hukuman gantung enam bulan ke atas ketua jurulatihnya, B. Sathianathan berkuat kuasa kelmarin. Keputusan tersebut mengejutkan penyokong setia pasukan The Red Warriors ketika persiapan mereka sudah memasuki…Terus pembacaan »»»

Kritik FAM: Sathianathan Letak Jawatan

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta selepas Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hukuman enam bulan terhadap bekas jurulatih kebangsaan itu. Dia sebelum ini didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin FAM ekoran melemparkan kritikan kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan yang dipengerusikan Datuk Che Mat Jusoh…Terus pembacaan »»»

‘happy’ Penaja Utama Kelantan

KOTA BHARU – Teka-teki dalam kalangan peminat bola sepak mengenai pihak mana yang menjadi penaja terakhir untuk Kelantan akhirnya terjawab apabila syarikat jenama prabayar terkenal, happy menjadi penaja utama penaja utama pasukan The Red Warriors (TRW) bagi saingan Liga Malaysia musim ini. Majlis menandatangani perjanjian kerjasama diantara Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dengan pihak happy…Terus pembacaan »»»

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!