SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


Kerja Naiktaraf Giat Dijalankan – Abdul Fattah

KOTA BHARU – Masalah lampu limpah Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu dijangka selesai tidak lama lagi apabila pihak Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) kini sedang giat berusaha menaiktaraf lampu limpah di stadium tersebut sebelum sepak mula perlawanan sulung Liga Malaysia pada 29 Januari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO…Terus pembacaan »»»

Tiga Negeri Diarah Kemukakan Afidavit

KOTA BHARU – Tiga pasukan iaitu Kelantan, Selangor PKNS FC dan Kuala Lumpur diberi tempoh seminggu oleh Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengemukakan afidavit berhubung dakwaan pemainnya ‘dicuri’ pasukan lain. Pengerusinya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ketiga-tiga pasukan tersebut sebelum ini telah membuat aduan bahawa beberapa pemain mereka yang masih mempunyai baki kontrak…Terus pembacaan »»»

Pemain Pamer Peningkatan – Sathia

KOTA BHARU – Meskipun sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Pulau Pinang dalam perlawanan persahabatan petang kelmarin namun nada Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan sedikit menceritakan kegembiraan betapa pasukan kendaliannya  kini sedang berusaha keras untuk keluar daripada zon sukar persiapan pra-musim setelah mengalami tiga kekalahan berturut-turut baru-baru ini. Sathianathan berkata, sekalipun turun tanpa dua tonggak…Terus pembacaan »»»

Gagal Cari Kemenangan Sulung

KELANTAN 1 Mohd Nizab Ayub (m-31) PULAU PINANG 1 Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid (gol sendiri m-30) KOTA BHARU – Hasrat skuad Liga Super Kelantan untuk mencipta kemenangan dalam perlawanan persahabatan menentang Pulau Pinang tidak kesampaian, apabila sekadar seri 1-1 dalam perlawanan yang berlangsung di padang Institut Perguruan Kampus Kota Bharu, Pengkalan Chepa petang kelmarin….Terus pembacaan »»»

Kelantan Hilang Hak Tuan Rumah?

PETALING JAYA – Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan bakal kehilangan hak dan kelebihan bermain di gelanggang sendiri serta sepak mula sebelah malam bagi beberapa perlawanan awal Liga Malaysia musim ini, apabila Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu masih belum memenuhi dua syarat utama pertandingan tempatan. Gara-gara keadaan padang dan tahap pencahayaan kurang memuaskan, gelanggang keramat…Terus pembacaan »»»

Syarikat Korporat Anak Kelantan Taja Red Warriors

Al Jabbar Group merupakan salah sebuah syarikat seratus peratus dimiliki oleh bumiputera melayu. Ditubuhkan seawal 1997, dan di asaskan oleh En Mohd Kamaruzaman b. Che Hussain (38 tahun). Anak syarikat pertama yang ditubuhkan, adalah Pusat Perubatan Herba Al Jabbar. Dengan mengeluarkan produk pertama , iaitu Jabbar Hidayah Hb Plus ataupun, terkini lebih dikenali sebagai tonik…Terus pembacaan »»»

Tiga Pemain Bakal Digugurkan Dalam Masa Terdekat

KOTA BHARU – Persiapan Skuad Piala Presiden Kelantan kini dalam fasa terakhir membentuk sebuah pasukan yang disifatkan paling mantap setelah sesi pemilihan pemain yang berlangsung baru-baru ini telah mengenalpasti seramai 28 pemain terpilih untuk berada dalam senarai akhir pemilihan pemain skuad tersebut. Ketua Jurulatihnya, Zahasmi Ismail berkata, daripada 28 pemain yang terpilih menjalani latihan pusat,…Terus pembacaan »»»

KAFA Lancar Keahlian TRW

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menjadi persatuan bola sepak yang pertama di negara ini mempunyai kelab keahlian yang tersendiri apabila secara rasmi melancarkan keahlian kelab The Red Warriors (TRWC) khusus bagi peminat bola sepak di negeri ini. Perlancaran kelab keahlian tersebut dilakukan dalam majlis memperkenalkan Pasukan TRW 2011 dan Perlancaran Jersi baru…Terus pembacaan »»»

KAFA Terima Tajaan RM1 Juta

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menerima suntikan dana apabila memperoleh tajaan berjumlah RM1 juta daripada barisan penaja-penaja bersama skuad The Red Warriors bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini. Senarai barisan penaja bersama TRW bagi musim ini diumumkan dalam satu majlis memperkenalkan Pasukan TRW 2011 dan Perlancaran Jersi baru serta Kad Keahlian…Terus pembacaan »»»

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!