KOTA BHARU – Spekulasi tentang penyerang kebangsaan Ahmad Fakri Saarani akan kembali ke tanah air terungkai, selepas pemain itu sah menjadi milik pasukan Kelantan untuk mengharungi baki saingan Liga Super musim ini. Ahmad Fakri yang kini beraksi bersama Atletico SC dalam divisyen tiga Portugal dikhabarkan mengikat kontrak selama setahun bersama pasukan The Red Warriors kelmarin…Terus pembacaan »»»
PENGALAMAN bertemu PKNS dalam aksi pertama Liga Super pada 9 Januari lalu seharusnya menjadi pengajaran buat Kelantan apabila berentap sekali lagi dengan pasukan berpangkalan di Lembah Kelang itu pada pusingan kedua Piala FA, Selasa nanti. Meski pun mencatatkan keputusan 2-1, namun skuad kendalian Bojan Hodak bergelut untuk menang dan terpaksa menunggu dalam minit akhir masa…Terus pembacaan »»»
BIARPUN menjadi penyokong setia pasukan bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), namun atas dasar keprihatinan, bantuan dihulur tanpa mengira batas sempadan. Bukti keprihatinan itu ditunjukkan oleh Kelab Penyokong ATM bersama gabungan Kelab-kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (Gempita) dalam membantu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membayar denda RM62,500 yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)….Terus pembacaan »»»
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung hukuman denda dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke atas mereka. Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, setakat ini beliau tidak dimaklumkan apa-apa mengenai hukuman denda RM62,500 yang dijatuhkan oleh badan induk bola sepak kebangsaan itu berhubung kesalahan dilakukan Kelantan. “Saya cuma baca…Terus pembacaan »»»
KOTA BHARU – Kejayaan menewaskan musuh tradisi Terengganu, 2-0 pada aksi Liga Super, Selasa lalu, menjadi sandaran utama buat Kelantan menjelang pertemuan dengan Pahang di Stadium Darul Makmur, malam ini. Pemain sayap kanan, Mohd Norfarhan Muhammad berkata, rekod kebangkitan ke atas Terengganu dalam saingan lalu nyata menjadi bekalan azimat buatnya dan rakan-rakan The Red Warriors…Terus pembacaan »»»
PRESIDEN Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mohd Khairi Yazid terkejut dan kecewa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mendenda Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) atas empat tuduhan, semalam. “Memang tidak dinafikan perkara itu memang berlaku dan saya amat kesal dengan tindakkan segelintir penyokong Kelantan. “Tapi ada juga penyokong pasukan…Terus pembacaan »»»
Pemain kebangsaan yang kini beraksi di Portugal, Ahmad Fakri Saarani dikhabarkan sedang diintai Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk memperkuatkan pasukan juara treble itu mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. Ahmad Fakri yang kini beraksi bersama Atletico Sport Clube Reguengos (Atletico SC) dalam Divisyen Tiga Portugal dikatakan berada dalam pemerhatian pihak pengurusan tertinggi Kafa…Terus pembacaan »»»
Kota Bharu: Jurulatih Bojan Hodak mengharapkan penyerang import, Keita Mandjou terus membuktikan kemampuan dengan menjaringkan gol dalam perlawanan seterusnya selepas membantu Kelantan menewaskan Terengganu, 2-0 pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin. Dua jaringan dihasilkan penyerang berusia 33 tahun dari Guinea itu membuktikan sentuhannya masih berbisa selepas gagal menjaringkan sebarang gol…Terus pembacaan »»»
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!