SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


Preview : Red Giants vs Red Warriors

Setelah berakhirnya musim tengkujuh yang banyak melanda negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, Malaysia akan dihangatkan lagi dengan gelombang baru yang akan membadai bermula 29 hb Januari 2011. Demam bolasepak yang masih lagi terasa semenjak Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki Cup mengalahkan Indonesia menyebabkan dunia siber semakin bercambah dengan blog-blog, petikan twitter, fanpage di facebook dan juga…Terus pembacaan »»»

Kelantan Pilih Karathu

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) melantik bekas jurulatih Perak, Datuk M Karathu sebagai Ketua Jurulatih Kelantan yang baru musim ini berkuatkuasa serta-merta bagi menggantikan B Sathianathan yang menjalani hukuman penggantungan selama enam bulan. Perlantikan Karathu, bekas jurulatih Perak 2008-2009 itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa…Terus pembacaan »»»

Karathu Ganti Sathianathan

TEKA-TEKI mengenai siapa yang bakal menggantikan B. Sathianathan selaku ketua jurulatih The Red Warriors akhirnya terjawab. Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Datuk M. Karathu dilantik sebagai ketua jurulatih yang baru berkuatkuasa semalam. Annuar memberitahu perkara itu dalam satu temu bual dengan sebuah stesen televisyen swasta di Kuala Lumpur semalam….Terus pembacaan »»»

Kelantan Cari Jurulatih Baru

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kini mengintai beberapa jurulatih bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut berikutan penggantungan ketua jurulatih B. Sathianathan, yang digantung selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula semalam. Pada masa yang sama, khidmat Sathianathan masih diperlukan oleh KAFA dan mesyuarat ahli majlis persatuan tersebut telah memutuskan bekas…Terus pembacaan »»»

Hukuman Tak Kena Masa – Sathia

KOTA BHARU – B. Sathianthan menyifatkan keputusan Jawatankuasa Rayuan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak kena pada masanya, ketika Kelantan sibuk mengatur persiapan untuk Perlawanan Sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah menentang Selangor, lima hari lagi. Kecewa dengan keputusan tersebut, Sathianathan akan menggunakan saluran yang ada untuk mengemukakan rayuan sekali lagi, bagi memastikan beliau mendapatkan kembali…Terus pembacaan »»»

The Red Warriors Akur Keputusan FAM

KETUA Pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi mengakui rakan-rakan sepasukan masih lagi terkejut dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkenaan hukuman pengantungan ke atas ketua jurulatih mereka, B. Sathianathan selama enam bulan berkuatkuasa semalam, lapor YATIMIN ABDULLAH. Bagaimanapun, mereka terpaksa akur dengan keputusan tersebut dan menganggap ia sebagai satu cabaran yang perlu ditempuhi oleh The…Terus pembacaan »»»

Kelantan Berada Dalam Bahaya

KELANTAN mungkin berdepan masalah tidak dibenarkan beraksi menentang Selangor pada perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah 2011 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini. Ini kerana, peraturan pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mewajibkan setiap pasukan perlu mendaftar jurulatih yang memegang Lesen A sedangkan Kelantan kini tidak memilikinya setelah B. Sathianathan digantung enam bulan berkuatkuasa…Terus pembacaan »»»

Pemain Kelantan Terima Ganjaran

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan hari ini mengotakan janjinya apabila menyampaikan ganjaran bernilai RM200,000 kepada barisan pegawai dan pemain pasukan Kelantan diatas kejayaan muncul juara Piala Malaysia buat pertama kali sejak 89 tahun lalu. Majlis Penyerahan Cek Kepada Pemain Pasukan Bola Sepak Kelantan Sempena Kejayaan Menjuarai Piala Malaysia 2010 telah disempurnakan oleh Menteri Besar…Terus pembacaan »»»

KAFA Akur Penggantungan Sathianathan

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menerima dengan terbuka keputusan hukuman penggantungan selama enam bulan ke atas Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan oleh Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkuatkuasa dua hari lalu. Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya berdukacita dengan keputusan itu tersebut tetapi pada masa yang sama terpaksa…Terus pembacaan »»»

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!