Majoriti pasukan pilih perlawanan waktu malam. PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hari perlawanan Liga Super musim depan pada setiap Selasa dan Sabtu manakala bagi saingan Liga Perdana turut kekal pada setiap Isnin dan Jumaat. Waktu perlawanan turut kekal pada sebelah malam sebagaimana kebiasaan apabila majoriti pasukan yang bertanding memilih untuk mengadakan perlawanan…Terus pembacaan »»»
KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan memperkenalkan barisan pemain skuad Liga Super Kelantan musim ini dalam satu majlis yang akan diadakan di ruang legar KB Mall, Kota Bharu pada jam tiga petang hari Jumaat ini. Timbalan Presidennya, Datuk Afandi Hamzah berkata, serentak dengan majlis itu juga pihak Kafa akan mengumumkan satu jawatankuasa…Terus pembacaan »»»
KOTA BHARU – Tiga kekalahan dan seri sekali daripada empat perlawanan persahabatan pramusim skuad Liga Super Kelantan ketika berkunjung ke Lembah Klang penghujung Disember lalu, tidak merisaukan Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan untuk menekan butang panik, tatkala sepak mula Liga Malaysia berbaki tiga minggu lagi. Dalam siri perlawanan persahabatan itu, Kelantan tewas 4-1 kepada Harimau…Terus pembacaan »»»
KOTA BHARU – Penjaga gol utama skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat tidak menyangka bakal menerima hadiah sebuah rumah oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan di atas kejayaan beliau membantu pasukan negara muncul juara buat pertama kali Kejohanan Piala AFF Suzuki minggu lalu. “Alhamdulilah ini satu rezeki yang tidak diduga. Saya bersyukur sangat-sangat dan hadiah ini…Terus pembacaan »»»
PENJAGA gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menerima khabar gembira apabila Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan pemberian hadiah berupa sebuah rumah ekoran kecemerlangannya membantu Malaysia muncul juara pada Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 yang berakhir di Jakarta minggu lalu. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri bangga atas kecemerlangan…Terus pembacaan »»»
KOTA BHARU – Populariti penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang membantu skuad negara muncul juara Piala Suzuki AFF, kini menjadi fenomena luar biasa. Kerana kagum dengan aksi tangkasnya terutama ketika menyelamatkan penalti Indonesia pada perlawanan akhir kedua di Jakarta minggu lalu, peminat amat berharap Khairul dilamar kelab bola sepak terkemuka dunia. Malahan ada…Terus pembacaan »»»
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima suntikan baru dalam mengendalikan perjalanan sukan bola sepak negara apabila Astro Media bersedia menjadi rakan penaja bersama bagi Liga Malaysia (Liga M) musim 2011-2014. Astro Media yang merupakan salah satu rangkai- an daripada syarikat televisyen berbayar negara, Astro telah menandatangani kontrak penajaan bersama FAM dengan jumlah RM120 juta bagi…Terus pembacaan »»»
KUALA LUMPUR – Selangor dan Kelantan akan membuka tirai kempen Liga Malaysia 2011 dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah sebelum memulakan aksi dalam Liga Super musim ini. Perlawanan bakal berlangsung pada 29 Januari ini di Stadium Shah Alam, pukul 8.45 malam. Dua pasukan tersebut adalah antara 14 pasukan yang bakal berentap dalam Liga…Terus pembacaan »»»
NAMA Norshahrul Idlan Talaha (gambar) kini meniti di bibir setiap peminat bola sepak kebangsaan selepas penyerang berbisa itu membantu skuad negara melakar kejayaan paling gemilang dalam bola sepak moden dengan menjulang Piala AFF buat kali pertama sekali gus mengesahkan status ‘Harimau Malaya’ sebagai raja bola sepak rantau Asia Tenggara. Bukan sedikit sumbangan Norshahrul sepanjang kejohanan…Terus pembacaan »»»
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!