SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


Astro Media Penaja Bersama Liga M

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima suntikan baru dalam mengendalikan perjalanan sukan bola sepak negara apabila Astro Media bersedia menjadi rakan penaja bersama bagi Liga Malaysia (Liga M) musim 2011-2014. Astro Media yang merupakan salah satu rangkai- an daripada syarikat televisyen berbayar negara, Astro telah menandatangani kontrak penajaan bersama FAM dengan jumlah RM120 juta bagi…Terus pembacaan »»»

Selangor, Kelantan Buka Tirai Liga M

KUALA LUMPUR – Selangor dan Kelantan akan membuka tirai kempen Liga Malaysia 2011 dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah sebelum memulakan aksi dalam Liga Super musim ini. Perlawanan bakal berlangsung pada 29 Januari ini di Stadium Shah Alam, pukul 8.45 malam. Dua pasukan tersebut adalah antara 14 pasukan yang bakal berentap dalam Liga…Terus pembacaan »»»

Norshahrul Belum Puas

NAMA Norshahrul Idlan Talaha (gambar) kini meniti di bibir setiap peminat bola sepak kebangsaan selepas penyerang berbisa itu membantu skuad negara melakar kejayaan paling gemilang dalam bola sepak moden dengan menjulang Piala AFF buat kali pertama sekali gus mengesahkan status ‘Harimau Malaya’ sebagai raja bola sepak rantau Asia Tenggara. Bukan sedikit sumbangan Norshahrul sepanjang kejohanan…Terus pembacaan »»»

Syarikat Baru Urus Pasukan Kelantan

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mewujudkan sebuah syarikat baru bagi memastikan urus tadbir pasukan Liga Super Kelantan bagi musim ini berjalan dengan lebih lancar. Kelulusan bagi mewujudkan sebuah syarikat tersebut telah dipersetujui sebulat suara ketika dibahaskan dalam Mesyuarat Agung Kali Ke-56 Kafa yang diadakan di Pusat Perdagangan Kelantan (KTC), Kota Bharu…Terus pembacaan »»»

KAFA Buka Keahlian Beryuran TRW

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhasrat menjadi persatuan bola sepak pertama di negara ini yang akan mendaftarkan keahlian penyokong-penyokongnya sebagai keahlian beryuran bermula musim ini. Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kalau sebelum ini para penyokong menjadi penonton dengan hanya menunggu membeli tiket, sekarang kita menagih kesetiaan daripada peminat untuk menjadi ahli…Terus pembacaan »»»

Bapa Harap Khairul Tak Lupa Diri

“JANGAN mudah lupa diri dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi potensi yang ada dalam diri untuk terus berjaya pada masa hadapan”. Demikian amanat dan nasihat seorang ayah, Che Mat Hussain, 58, kepada anaknya, Khairul Fahmi, 21, yang merupakan penjaga gol utama pasukan kebangsaan dan Kelantan. Menurutnya, seluruh ahli keluarga bangga dengan pencapaian yang ditunjukkan Khairul…Terus pembacaan »»»

Langkah Pertama, Perjalanan Bermula

Saat ini, tiap pelusuk negara tidak putus-putus membicarakan soal kehebatan skuad Harimau Malaya merangkul kali pertama Piala AFF Suzuki edisi ke-8 yang berakhir malam tadi. Buat skuad ‘masa depan’ bimbingan K. Rajagobal, mereka sememangnya layak untuk itu. Sesudah dimalukan dengan jaringan besar pada peringkat kumpulan, dendam terhadap Indonesia terbalas jua dengan jalan cerita penuh bermaruah…Terus pembacaan »»»

KAFA Mahu Pajak Stadium Sultan Muhammed Ke-IV

KOTA BAHARU, 31 Dis (Bernama) — Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menawar untuk memajak Stadium Sultan Muhammed ke-IV daripada kerajaan negeri dengan harga RM10 juta bagi tempoh 30 tahun. Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata langkah itu bagi membolehkan persatuan tersebut menaik taraf stadium yang kini berada dalam keadaan daif, bagi membolehkan Kelantan menjadi…Terus pembacaan »»»

Norshahrul Pikat Dua Kelab Luar

AKSI lincah penyerang berbisa negara, Norshahrul Idlan Talaha pada saingan Piala Suzuki AFF akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya memikat dua kelab dari Indonesia. Norshahrul ketika ditemui di Wisma FAM semalam sejurus tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengesahkan menerima tawaran dari pasukan Sriwijaya FC yang beraksi di Liga Super Indonesia (ISL) dan sebuah…Terus pembacaan »»»

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!