KOTA BAHARU, 31 Dis (Bernama) — Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menawar untuk memajak Stadium Sultan Muhammed ke-IV daripada kerajaan negeri dengan harga RM10 juta bagi tempoh 30 tahun. Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata langkah itu bagi membolehkan persatuan tersebut menaik taraf stadium yang kini berada dalam keadaan daif, bagi membolehkan Kelantan menjadi…Terus pembacaan »»»
AKSI lincah penyerang berbisa negara, Norshahrul Idlan Talaha pada saingan Piala Suzuki AFF akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya memikat dua kelab dari Indonesia. Norshahrul ketika ditemui di Wisma FAM semalam sejurus tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengesahkan menerima tawaran dari pasukan Sriwijaya FC yang beraksi di Liga Super Indonesia (ISL) dan sebuah…Terus pembacaan »»»
JAKARTA – ”Saya memang sudah jangka Firman Utina akan melakukan sepakan di sebelah kiri. Ini kerana jurulatih, K. Rajagobal awal-awal lagi telah memberitahu saya bahawa dia (Firman) gemar melakukan sepakan di arah itu”. Itu pendedahan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang menyelamatkan penalti Firman pada minit ke-19 final kedua Piala Suzuki AFF di…Terus pembacaan »»»
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter. Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara…Terus pembacaan »»»
KELANA JAYA – Skuad Liga Super Kelantan membuka tirai siri perlawanan persahabatan di Lembah Klang dengan aksi mengecewakan setelah tewas 4-1 kepada Harimau Muda ‘A’ dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam semalam. Dalam perlawanan tersebut, gol tunggal Kelantan telah dijaringkan oleh Ketua Pasukan, Muhd Badhri Radzi menerusi sepakan penalti yang menyaksikan…Terus pembacaan »»»
KOTA BHARU – Tiga kemenangan daripada tiga perlawanan persahabatan sebelum ini masih belum memberi kepuasan mutlak kepada pengendali, B Sathianathan biarpun skuad The Red Warriors sudah menjalani latihan hampir sebulan yang lalu. Dalam perlawanan persahabatan sebelum ini, Kelantan menumpaskan pasukan Pilihan Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) dengan kemenangan 8-0 sementara perlawanan berikutnya, Kelantan mengalahkan pasukan…Terus pembacaan »»»
KOTA BHARU – Pemain paling bernilai musim lalu, Norshahrul Idlan Talaha menamatkan zaman bujangnya setelah memilih Siti Aisya Adam, 21 tahun sebagai sebagai pasangan hidupnya. Malam semalam, majlis persandingan kedua-dua mempelai tersebut berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Konvensyen, Pusat Perdagangan Kelantan (KTC), Kota Bharu malam semalam. Norshahrul Idlan, 24 tahun atau disapa dengan panggilan…Terus pembacaan »»»
KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengadakan dua sesi pemilihan terbuka bagi memilih pemain untuk menyarung jersi pasukan Liga Simpanan Kelantan bagi musim depan. Penolong Setiausaha Agung Kafa, Arif Hassan berkata, pihak Kafa menjemput pemain-pemain muda yang berbakat di negeri ini untuk mencuba nasib dalam sesi pemilihan pemain tersebut. “Sesi pemilihan akan…Terus pembacaan »»»
Skuad “The Red Warriors” akan bertandang ke Lembah Kelang pada 27hb hingga 31hb Disember 2010 untuk mengadakan perlawanan persahabatan pra musim bagi menghadapi Liga Malaysia 2011. Jadual perlawanan persahabatan Kelantan FA di Lembah Kelang adalah seperti berikut: 27hb Disember 2010 – Kelantan lwn Harimau Muda A, di Stadium MBPJ, 8.45pm. 28hb Disember 2010 – Kelantan …Terus pembacaan »»»
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!