SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


Annuar: Red Warriors Akan Tampil Dengan Senjata Baru

PRESIDEN Persatuan Bola sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menasihatkan pasukannya tidak panik meskipun tewas 0-2 kepada Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi. Sambil menyifatkan ia sebagai cabaran yang perlu dihadapi oleh pasukan berstatus juara bertahan, Annuar berkata, pihaknya akan muncul dengan “senjata baru.” “Terengganu, Pahang, Perak, Lions XII…Terus pembacaan »»»

Doe Mampu Hampakan Kelantan

KOTA BHARU – Pengendali Kelantan, Bojan Hodak tetap berwaspada dengan ancaman Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam ini, biarpun memiliki rekod cemerlang ke atas pasukan berkenaan pada musim lalu. Hodak mengakui berdepan Selangor bukanlah tugas yang mudah buat barisan pemainnya, ditambah pula beraksi di tempat lawan. Menurutnya, Selangor merupakan sebuah pasukan…Terus pembacaan »»»

Farhan Sedia Gegar Shah Alam

Kota Bharu: Penyerang Kelantan, Mohamad Norfarhan Muhammad melaungkan amaran awal dan sudah bersedia sepenuhnya untuk menggempur benteng Selangor pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam ini. Pemain berusia 28 tahun itu menganggap perlawanan malam ini satu lagi perlawanan panas dan ditunggu-tunggu selepas pertembungan dengan Johor Darul Takzim pada 15 Januari lalu. Norfarhan yang…Terus pembacaan »»»

1,200 Polis Kawal Stadium

Petaling Jaya: Seramai 1,200 anggota polis akan ditempatkan di luar dan dalam Stadium Shah Alam, bagi mengawal keselamatan penyokong ketika pertembungan yang dijangka panas antara Selangor dan Kelantan pada aksi Liga Super, malam esok. Langkah itu juga diambil untuk mencegah daripada tercetus sebarang kejadian tidak diingini. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin…Terus pembacaan »»»

Red Warriors Intai Aristide Bance

EKORAN prestasi hambar jentera serangan The Red Warriors (TRW), Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) terus mengorak langkah memburu seorang lagi penyerang import berprofil tinggi bagi pasukannya. Terbaharu, penyerang kebangsaan Burkina Faso, Aristide Bance disebut-sebut berada dalam radar Kelantan bagi memperkuatkan pasukan juara tiga piala itu mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. Ini perkukuhkan…Terus pembacaan »»»

Annuar Tuntut Aksi Senior

KOTA BHARU – The Red Warriors tidak akan menyerahkan mahkota Liga Super dengan mudah kepada pasukan lain apatah lagi mahu menyerah kalah terlalu awal biarpun menerima hakikat persembahan mereka hambar pada permulaan musim ini. Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, persediaan awal musim yang tidak lengkap menjadi punca kemerosotan pasukannya….Terus pembacaan »»»

Aristide Bance: Sasaran Terbaru TRW?

Tarikh Lahir : 19 September 1984 Umur : 28 tahun Tinggi : 1.93m Kelab sekarang : FC Augsburg (Bundesliga) Warganegara : Burkina Faso

Nwakaeme, Salim Memukau

ADAKAH Dickson Nwakaeme bakal menyarung jersi Kelantan ? Masih terlalu awal untuk diperkatakan namun kehebatan pemain import dari Nigeria itu jelas cukup dikagumi penyokong The Red Warriors (TRW). Yang nyata persembahan dua pemain import baharu yang sedang diuji, Nwakaeme dan Salim Arrache dari Perancis tidak mengecewakan ketika juara tiga piala musim lalu, Kelantan terikat seri…Terus pembacaan »»»

Aksi Nwakaeme Pikat Penyokong Kelantan

PEMAIN import jemputan Kelantan dari Nigeria, Dickson Nwakaeme, 27, mula meniti di bibir penyokong fanatik skuad tersebut. Ia ekoran aksi bertenaga yang dipamerkan oleh pemain berkenaan serta kerap kali menguji kekuatan benteng pertahanan lawan ketika turun beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Felda United di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu kelmarin. Gaya permainannya terus menenggelamkan…Terus pembacaan »»»

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!