Kelate.net

Pandangan McKain Terhadap Kematian Oniya

Kemaskini pada June 22, 2015 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Jonathan McKain

Jonathan McKain, pemain Kelantan yang berada di atas padang semasa tragedi itu berlaku, telah menyuarakan pandangannya kepada PFAM berkenaan hal ini.

Beliau yang merupakan bekas Eksekutif Persatuan Pemain Bolasepak Australia, berkongsi EMPAT MASALAH yang timbul ketika tragedi David Oniya ini berlaku:

1) Tiada pegawai perubatan yang bertugas semasa perlawanan berlangsung.

2) Bagaimana mendiang boleh dibenarkan bermain dengan keadaan beliau yang baru sahaja terlibat dengan kecederaan yang serius dibahagian kepala.

3) Masalah dari segi kelewatan tindakan serta merta oleh pasukan perubatan ke dalam padang akibat daripada pemandu ambulan yang duduk di kawasan penonton untuk menonton perlawanan.

4) Para pemain di atas padang tidak mempunyai sebarang pengetahuan sekiranya berhadapan dengan situasi kecemasan seperti dalam kes ini.

McKain menegaskan keempat-empat masalah ini perlu diperbetulkan supaya kita dapat menangani perkara ini dengan tepat jika perkara ini berulang semula.

Cadangan penambahbaikan oleh ketua pegawai perubatan FIFPro. Ketika dihubungi PFAM, Dr Vincent Goutterbarge memberi cadangan supaya:

1) Membuat pemeriksaan tahunan terhadap latar belakang kesihatan keluarga pemain dan juga pemain.

2) Pasukan perubatan bersama pegawai perubatan disediakan dalam perlawanan.

3) Peralatan perubatan seperti automated external defibrillator (alat untuk mengesan denyutan jantung dan memberi kejutan elektrik sokongan) disediakan ketika perlawanan.

Pendirian PFAM

Menurut siaran media mereka, PFAM berpendirian sudah tiba masanya perkara ini diletakkan dalam perhatian tertinggi.

PFAM juga bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya FAM bagi menjayakan mekanisme ini.

Sememangnya, hidup dan mati adalah di tangan Tuhan, namun sekurang-kurangnya kita semua mengambil langkah yang secukupnya bagi menyediakan ruang yang terbaik buat para pemain profesional di Malaysia.

Oniya sudah meninggalkan kita dalam keadaan yang amat tidak disangka-sangka, tugas kita adalah untuk memastikan betapa pemergiannya tidak sia-sia.

Dipetik dari: Semuanyabola.Com

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman