Kelate.net

Penafian

Perkataan ‘kami’, ‘kita’, ‘laman web’ dan ‘forum kelate.net’ bererti pihak Kelab Penyokong Bola Sepak Siber Kelantan Darul Naim. Istilah ‘anda’ merujuk kepada pembaca, pengguna, pelawat laman ini, pihak luar dan orang ramai. Dengan memasuki laman web ini, anda secara automatik akan tertakluk kepada beberapa penafian berikut:

  1. Kami berhak membuang sebarang artikel atau komen yang negatif serta didapati melanggar peraturan tanpa sebarang notis.
  2. Segala artikel dan komen adalah sekadar perkongsian, pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk anda.
  3. Segala praktik yang anda lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel dan komen di laman web ini adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.
  4. Pihak kami juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh anda ketika mengunjungi dan menggunakan maklumat dalam laman ini.
  5. Kami tidak bertanggungjawab atas semua maklumat di website lain (website luar selain daripada di domain kelate.net) yang dirangkaikan (link) ke website ini. Ianya diluar bidang kuasa kami.
  6. Kami tidak boleh disabitkan bersalah oleh undang-undang jika terdapat kesalahan pada isi kandungan. Namun begitu, pengguna digalakkan untuk menegur bagi menjamin kami menyediakan maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan.
  7. Anda dibenarkan untuk menyebarkan kandungan di laman web ini secara percuma tanpa meminta kebenaran untuk tujuan menyebarkan ilmu tetapi anda haruslah meletakkan sumbernya (link ke kelate.net). Selain daripada edaran percuma, sila minta kebenaran secara khusus daripada kami.
  8. Anda dialu-alukan untuk menyumbang kepada kelate.net, sila sumbangkan buah fikiran anda di forum atau anda juga boleh menghantar artikel yang anda tulis sendiri untuk dikongsi bersama ke email admin at kelate.net
  9. Tidak dijamin segala artikel di laman web ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.
  10. Sebahagian besar artikel dan komen mungkin sudah tidak sesuai lagi pada satu-satu masa. Maka, ia adalah di luar kawalan kami.
  11. Jika kami menyarankan sesuatu produk atau sesebuah pihak atau individu, tidak bermakna kami mengetahui segala-galanya mengenai pihak tersebut. Jadi, jika pihak tersebut melakukan penipuan atau sebagainya, pembeli itu sendiri yang perlu berurusan dengan pihak tersebut. Ia di luar kawalan dan tanggungjawab kami.
  12. Semua iklan berbayar di blog ini adalah di luar kawalan kami. Namun kami sentiasa mencuba untuk menapis iklan-iklan yang bermanfaat sahaja.
  13. Semua pendapat serta tulisan di dalam laman web ini atau komen artikel adalah pendapat peribadi individu tersebut. Kami tidak dapat memantau kesemuanya, tetapi jika ia melanggar undang-undang atau maklumat yang palsu atau tidak benar, sila beritahu kepada pentadbir untuk tindakan mengubah atau membuang tulisan tersebut. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.
  14. Segala komen tertentu oleh pemberi komen, boleh digunakan oleh pihak kami sama ada untuk kegunaan testimonial atau sebagai bahan penulisan. Tetapi kami tetap memberi kredit kepada individu tersebut.
  15. Segala kenyataan dan komen pembaca samada positif atau negatif tidak menggambarkan pendirian kami. Kenyataan rasmi kami akan hanya dikeluarkan melalui halaman utama laman web kami melalui Presiden kelab ini.
  16. Kami berpendirian bebas dan tidak mengamalkan sebarang sekatan kepada individu untuk mengeluarkan kenyataan namun mereka tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan dalam laman ini.
  17. Pihak kami berhak menukar terma dan syarat penggunaan di atas tanpa sebarang notis, penafian ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.


Sokongan Kami Zaman Berzaman