Kelate.net

Perlawanan TRW Pada Bulan Ramadan Ditunda

Kemaskini pada June 18, 2015 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
The Red Warrior

DUA perlawanan bola sepak melibatkan pasukan The Red Warriors (TRW) di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada bulan Ramadan akan ditunda ke tarikh yang belum ditetapkan.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Rosmadi Ismail berkata tarikh baharu perlawanan membabitkan TRW dengan Sime Darby FC dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masing-masing yang dijadualkan pada 20 dan 27 Jun ini akan ditentukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan kemungkinan perlawanan akan diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Kita baru terima surat daripada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM pagi ini dan mereka telah menyatakan persetujuan di atas permohonan Kafa untuk menangguhkan dua perlawanan di tempat sendiri.

“Kita berterima kasih kepada FAM kerana memahami kesulitan dihadapi oleh Kelantan setelah kerajaan negeri tidak membenarkan stadium digunakan untuk perlawanan Liga Super sepanjang bulan Ramadan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, Kafa perlu mencari lokasi lain untuk aksi liga sepanjang bulan Ramadan berikutan perkarangan stadium akan digunakan sepenuhnya untuk program Madinah Ramadan tahun ini.

Program Madinah Ramadan itu melibatkan aktiviti solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah dan diikuti dengan solat terawih yang dijangkakan disertai lebih 1,000 jemaah pada satu-satu masa. – Bernama

www.sinarharian.com.my

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman