
Persatuan Anak Darul Naim Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERSADA) akan menganjurkan Majlis Amal Jamuan Pulut Durian pada Sabtu 7 Ogos ini di Dewan Serbaguna MPSJ Puchong Indah bermula jam 2.00 hingga 5.00 petang.
Menurut Setiausaha Penaja Persada, Razali Mat Ail, adalah menjadi tradisi masyarakat di Kelantan apabila hampir bulan Ramadhan kebiasaanya orang-orang kampung akan bergotong royong mengadakan majlis-majlis jamuan terutama di surau-surau dan masjid-masjid.
“Walaupun kita merantau di Lembah Klang, amalan tradisi ini akan terus dipertahankan kerana ternyata ia boleh mengeratkan silaturrahim dan lebih-lebih lagi ia boleh melahirkan sikap kasih sayang dan keprihatinan seolah-olah kita semua adalah satu keluarga walau pun tidak mengenali antara satu sama lain.
“Insya Allah, di dalam majlis tersebut pihak Persada akan memberi sedikit sumbangan kepada warga Kelantan yang memerlukan bantuan yang tinggal di sekitar Puchong,” katanya.
Katanya, persembahan dikir barat akan turut dihidangkan kepada para pengunjung dan beberapa tetamu kehormat dijangka akan hadir untuk memeriahkan majlis. Antara tetamu kehormat yang di jemput adalah Timbalan Presiden FAM memerangkap Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.
Sehubungan itu, beliau dengan berbesar hati menjemput masyarakat Kelantan di sekitar Lembah Klang dan masyarakat setempat untuk hadir memeriahkan majlis di samping dapat memperkukuhkan ikatan ukhuwah.
Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah mengunjungi laman web Persada di http://persada.net atau menghubunginya di talian 017-6242522, Ab. Hadi 012-2677855 atau Zainuha 012-3619259.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!