Perutusan Hari Raya Aidilfitri Kelate.Net
Entri Berita ini di tulis pada 08. Sep, 2010

Allahuakbar, Allahukbar, Allahuakbar,
Lailaha Hilallah Wallahu Akbar,
Allahuakbar Walillahil Hamd.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera.
Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Setinggi-setinggi kesyukuran dihulurkan kepada yang maha esa kerana dengan limpah kurniaNya masih memberi peluang kepada kita pada tahun ini untuk sekali lagi meraikan hari kemenangan yang sentiasa kita raikan setelah sebulan kita menempuh dan menunaikan perintah dariNya di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan.
Selawat serta salam kepada junjugan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana dengan pengorbanan dan perjuangan bagindalah kita sebagai umat Islam, masih lagi dapat merasa dua nikmat kurniaan Ilahi yang akan memandu kita ke pintu syurga Allah taala, iaitu iman dan islam.
Hari Raya Aidlifitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiyyah dengan mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadan, supaya menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Adalah juga menjadi suatu hikmah yang besar apabila Allah SWT memilih di bulan Ramadan ini berlakunya peristiwa al-Quran Karim diturunkan dan peristiwa peperangan Badar. Peristiwa pembukaan Mekah, diikuti dengan bulan Rejab, bulan Syawal dengan peristiwa Ahzab.
Saya bagi pihak seluruh ahli jawantankuasa Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan mengucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan. Menjadi kelaziman selepas menunaikan ibadat-ibadat yang besar. Allah Ta’ala, mengurniakan hari yang besar. Bagi sembahyang lima waktu dikurniakan hari Jumaat, bagi puasa Ramadan dikurniakan Hari Raya Aidilfitri dan bagi ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban (Aidiladha).
Disamping kita bergembira di hari kemenangan ini, perlulah kita ingat akan sahabat-sahabat kita yang tidak semampu dengan kita. Mereka yang telah kehilangan keluarga, mereka yang kehilangan ayah, mereka yang kehilangan ibu, mereka yang kehilangan adik beradik, mereka meraikan hari yang sepatutnya menjadi hari kegembiraan bertukar menjadi hari yang penuh dengan kepiluan. Kerana di hari ini mereka tidak dapat bersama orang yang tersayang, membuktikan kekuasaan Allah yang maha penyayang.
Oleh itu, di samping kegembiraan kita ini janganlah kita leka dan abaikan sahabat-sahabat kita yang berhajat kepada pertolongan kita. Mereka juga inginkan kehidupan yang sempurna seperti kita lalui sekarang, bantulah mereka dengan sedaya upaya kita sama ada pertolongan kita itu berbentuk harta benda, kewangan dan yang paling penting jikalau kita tidak mampu membantu mereka secara zahiriyah maka bantulah dengan mendoakan mereka. Semoga aidilfitri yang kita raikan ini menjadi hari kegembiraan kita bersama.
Disamping itu juga, janganlah kita terlalu leka dengan kegembiraan yang diraikan ini. Semoga ianya menjadi satu muhasabah kepada diri kita yang selalu lalai dan leka dari mengsyukuri nikmat kurniaanNya.
Akhirnya, dikesempatan yang ada ini saya mewakili pihak Kelate.Net ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang turut membantu dan menyumbang segala kerjasama sama ada berbentuk tenaga, kewangan dan sebagainya dalam menjayakan gerak kerja Kelate.Net. Semoga segala sumbangan dan jasa keringat yang dihulurkan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah taala.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar…
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN
Sekian.
Salam Hormat,
Marhasyim Bin Mat
Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net)
Last 5 posts by Mat Yu Soleh
- Balestier Khalsa Uji Red Warriors - February 4th, 2012
- Nwaneri, Okocha Sah Beraksi Malam Esok - February 3rd, 2012
- Harimau Malaya Baham Red Warriors - February 2nd, 2012
- Kelantan Bukan Lawan Mudah - Rajagobal - February 1st, 2012
- Video Highlights| Samad Okocha Awudu - January 31st, 2012




