Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!

Petratos, Dickson Pilihan Penyokong

Kemaskini pada 07/02/2013 / Oleh Webmaster

Pemain muda Australia, Dimitri Petratos ini diharap dapat menyelesaikan masalah penyerang pasukan Kelantan.

Kota Bharu: Pemain muda Australia, Dimitri Petratos dan Dickson Nwakaemi dari Nigeria menjadi pilihan penyokong The Red Warriors (TRW) untuk mengemudi jentera serangan pasukan itu sebaik pendaftaran semula pemain dibuka April ini.

Dua pemain itu menjadi pilihan penyokong setia TRW apabila pemain import dari Guinea, Keita Mandjou gagal menyerlah selepas lima perlawanan Liga Super musim ini yang menyaksikan pasukan gergasi itu sekadar merakam satu kemenangan.

Pengerusi Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan, Mohd Yahya Jamada Ali, berkata Petratos menjadi pilihan utama penyokong TRW kerana mempunyai sentuhan tajam dalam melakukan tindakan penyudah.

Dickson, Salim ada kelebihan

“Kehebatan Petratos sebagai penyerang berbisa ternyata menjadi bualan rata-rata penyokong TRW sekarang ini. Daripada pandangan saya, Petratos adalah calon terbaik bagi menggalas tugas sebagai penyerang utama TRW sekali gus menggantikan Keita.

“Bagi saya, kedua-dua pemain import yang baru diuji Kelantan, Dickson dan pemain dari Perancis, Salim Arrache adalah lebih baik daripada Keita. Bagi pendapat peribadi saya, Dickson dan Salim mempunyai kelebihan masing-masing berbanding Keita.

“Dickson dan Salim boleh di serapkan ke dalam saingan Piala AFC kerana hanya satu kuota saja lagi pemain import diperlukan disebabkan satu kuota import sudah diisi Obinna Nwaneri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.


Sokongan Kami Zaman Berzaman