Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!

Piala AFC: Kelantan Menang 3-1 Di Yangon

Kemaskini pada 14/03/2013 / Oleh Webmaster
Perlawanan Ayeyawady United lwn Kelantan FA di Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar.

KUALA LUMPUR 13 Mac – Penyerang dari Australia, Dimitrios Petratos membantu Kelantan kembali ke dalam persaingan Piala AFC apabila menjaringkan dua gol untuk pasukannya menang 3-1 ke atas juara Myanmar, Ayeyawady United di Yangon malam ini.

Ketua pasukan Kelantan, Badhri Radzi meletakkan pasukan pelawat di depan hanya dua minit perlawanan bermula di Youth Training Centre sebelum Petratos mengukuhkan kedudukan pada awal babak kedua.

Pemain tengah dari Slovenia, Dominik Bersnjak merapatkan kedudukan ketika pertemuan berbaki 11 minit tetapi bekas pemain Sydney FC, Petratos menjaringkan gol keduanya seminit kemudian.

Ini merupakan kemenangan pertama skuad Red Warriors dalam Kumpulan G selepas hanya seri 1-1 dengan wakil Maldives, Maziya pada perlawanan pembukaan mereka minggu lepas.

Kemenangan itu sekali gus melunaskan dendam kekalahan 3-1 Red Warriors kepada Ayeyawady dalam kejohanan ini di gelanggang yang sama tahun lalu.

Kejayaan itu meletakkan Kelantan, juara tiga piala tempatan musim lalu, di tempat kedua Kumpulan G.

Mereka berada dua mata di belakang SHB Da Nang, yang menewaskan Maziya 3-2 dalam satu lagi perlawanan. – AGENSI

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.


Sokongan Kami Zaman Berzaman