SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


Piala Malaysia: Aslam Teruja Sarung Jersi TRW

Mohamed Aslam Haja Najumudden

KETUA pasukan Kuala Lumpur, Mohamed Aslam Haja Najumudden menyifatkan penghijrahannya secara pinjaman ke Kelantan bagi mengharungi saingan Piala Malaysia 2012 adalah satu anugerah bernilai tidak mungkin dilepaskan  bagi menimba pengalaman dan suasana gemilang bersama pasukan Juara Liga Super 2012 itu.

Mengetahui dirinya menjadi antara tiga pemain yang disasarkan pasukan The Red Warrios bagi memantapkan saingan Piala Malaysia, Aslam menyerahkan keputusan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).

“Saya dimaklumkan rundingan mengenai perkara ini sedang dilakukan antara pengurusan KLFA dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan sekiranya ia berhasil sudah tentu ia keputusan menggembirakan bagi saya.

“Beraksi bersama sebaris pemain dalam pasukan Kelantan sememangnya satu penghargaan dan satu kerugian besar sekiranya tawaran ini saya tolak,” katanya.

Sementara itu, Pengurus pasukan KLFA, Rusli Baba menjelaskan rundingan mengenai perkara ini sedang dilakukan dan secara dasarnya pihaknya mencapai keputusan positif.

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!