Kelate.net

Pindaan Jadual Tidak Jejas Persiapan Pasukan

Kemaskini pada June 20, 2015 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Ketua Jurulatih Kelantan, Mohd Azraai Khor Abdullah.
Ketua Jurulatih Kelantan, Mohd Azraai Khor Abdullah.

JURULATIH Kelantan, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, pindaan jadual perlawanan membabitkan aksi pasukan itu pada bulan Ramadan tidak akan menjejaskan persiapan The Red Warriors (TRW).

Beliau berkata, malah pihaknya berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana bersetuju meminda tarikh perlawanan selepas TRW tidak dibenarkan beraksi di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada bulan Ramadan.

“Apa yang penting sekarang adalah pemain perlu fokus dan memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kelantan kini berada di tangga ke-10 dalam Liga Super dengan 10 mata.

Semalam, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Rosmadi Ismail dilaporkan berkata, dua perlawanan Kelantan iaitu menentang Sime Darby pada 20 Jun dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 27 Jun di stadium berkenaan akan ditunda ke tarikh lain.

Sebelum ini, Exco Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, Kafa perlu mencari lokasi lain untuk aksi liga sepanjang bulan Ramadan berikutan perkarangan stadium akan digunakan sepenuhnya untuk program Madinah Ramadan tahun ini.

Program Madinah Ramadan itu melibatkan aktiviti solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah dan diikuti dengan solat terawih yang dijangkakan disertai lebih 1,000 jemaah pada satu-satu masa. – Bernama

www.sinarharian.com.my

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman