Kelate.net

Piya Mahu 3 Mata

Kemaskini pada January 16, 2014 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
BADHRI (dua dari kiri) menyerahkan jersi baru TRW kepada Annuar.

Kota Bharu: Kapten Mohd Badhri Radzi mahu Kelantan memperoleh tiga mata mutlak ketika berdepan Sime Darby pada perlawanan pertama Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Sabtu ini.

Mohd Badhri atau Piya berkata, kemenangan aksi pertama itu amat penting dalam memberi keyakinan kepada barisan The Red Warriors (TRW), khususnya meningkatkan moral pemain muda yang bakal diberi tanggungjawab menentukan hala tuju gergasi Pantai Timur itu musim ini.

Sehubungan itu, katanya, rakan sepasukan dinasihatkan supaya tidak memandang mudah keupayaan Sime Darby meskipun berstatus kelab.

“Perlawanan sebenar akan bermula beberapa hari lagi dan kita perlu memulakan saingan dan langkah kanan dengan mendapatkan tiga mata penuh sebagai suntikan semangat.

“Kita perlu sedar musim ini banyak pencabar di luar jangkaan, malah saya menasihatkan pemain muda supaya jangan mengambil mudah ketika berdepan Sime Darby,” katanya selepas majlis pelancaran jersi baru kelmarin.

Menurut Badhri, Kelantan musim ini hanya meletakkan sasaran menjulang sekurang-kurangnya satu trofi, sasaran yang disifatkannya lebih realistik berikutan perubahan besar dalam pasukan itu.

Katanya, walaupun sebelum ini Kelantan mampu menjulang tiga piala dalam satu musim, namun keadaan itu pasti sukar dilakukan sebaliknya mahu berpijak di bumi nyata.

“Saya tidak memperkecilkan pasukan sendiri, tapi sasaran satu piala itu lebih realistik jika melihat kekuatan musim ini,” katanya.

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman