Salam Ramadhan Al-Mubarak 1431 Hijrah


#K Anda boleh menjadi pemenang bertuah perjalanan untuk dua orang ke Krabi bernilai RM 10,000!

email

Assalamualaikum  warahmatullahi  wabarakatuh.

(يأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون)

سورة البقرة :183

Maksudnya : ” Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.”

Ayat tersebut menjelaskan bahawa puasa boleh mendidik seseorang menjadi mukmin bertaqwa kepada Allah SWT iaitu mukmin yang patuh kepada semua perintah Allah SWT serta menjadi mukmin yang takut dan gentar kepada Allah dengan meninggalkan segala bentuk makisat sama ada zahir atau pun batin.

Selain itu, puasa bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum, malah seluruh anggota seperti telinga, mulut, mata, kaki, tangan dan hati juga hendaklah turut berpuasa. Seseorang itu tidak dinilai sempurna ibadah puasa selagi tidak menahan diri daripada melakukan segala tegahan Allah.

Sempena menyambut ketibaan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengingatkan diri saya sendiri serta rakan-rakan saudara dan saudari sekelian supaya bersyukur kehadrat Ilahi, kerana masih diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan untuk kesekian kalinya. Oleh itu, marilah kita gunakan kesempatan yang diberikan ini dengan sebaik-baiknya untuk meningkatkan lagi amal ibadat kita kepada Allah dengan melakukan kebajikan dan kebaikan serta menjauhi kemungkaran.

Ramadhan bulan mulia yang mana segala amalan baik yang kita lakukan mendapat ganjaran yang berganda daripada Allah. Ianya bukan berkisar kepada kewajipan berpuasa itu sahaja tetapi setiap amalan baik yang dilakukan kerana Allah adalah ibadah. Oleh itu marilah kita sama-sama tingkatkan  ibadah kita  sama ada wajib atau sunat seperti solat sunat, membaca Al-Quran, bersedekah, qiamullail , zakat dan berbagai amalan baik lagi. Selain itu, berazam dan berusaha untuk meningkatkan darjat puasa kita agar lebih baik dari sebelumnya.

Jangan kita jadikan Ramadhan atau puasa sebagai satu halangan atau alasan untuk tidak melaksanakan tanggungjawab harian dengan lebih berkesan, kerana sesungguhnya amalan puasa lah sebenarnya yang boleh menjadi benteng dan juga punca kekuatan diri sebagaimana yang telah dibuktikan oleh golongan sahabat, tabiin dan lain-lainnya.

Kata orang, jadikan Ramadhan sebagai satu titik permulaan satu kehidupan yang lebih sihat. Segala amalan yang kita boleh tinggalkan sewaktu bulan Ramadhan seperti merokok dan makan serta minum tanpa kawalan hendaknya diteruskan juga dalam bulan-bulan yang lain kerana Ramadhan satu bulan latihan yang baik untuk diri kita. Jika kita tidak dapat mengekalkan perkara baik yang kita amalkan pada bulan Ramadhan beerti kita tidak mendapat latihan yang mencukupi.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan, bulan mulia yang penuh rahmat,berkat dan keampunan serta selamat berpuasa kepada seluruh warga kelate.net semoga segala amalan kita akan mendapat ganjaran yang berganda dan mendapat tempat disisi Allah. Juga saya juga memohon kemaafan bagi pihak diri saya dan juga seluruh jawatankuasa kelate.net jika terdapat sebarang kesilapan yang disedari atau tidak. Marilah kita bermaaf-maafan antara kita sempena Ramadhan ini agar kita semua dapat menghadap Allah dalam keadaan tenangdan suci hati.

Selamat menjalani ibadah puasa.

Ramadhan karim Allahu Akram.

Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan.

Last 5 posts by Mat Yu Soleh


Fan Page Kelate.Net KelateDotNet Twitter

#M Adakah anda suka kelajuan? RHB Now Racer di sini untuk anda!

Leave a Reply