Kelate.net

Sime Darby Waspada Ancaman Carillo, Amutu

Kemaskini pada June 23, 2015 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Erwin Carillo dan Iwuju Austin Amutu yang diakuinya cukup berbisa oleh pengendali Sime Darby FC, Ismail Zakaria.

NADA kebimbangan jelas disuarakan pengendali Sime Darby FC, Ismail Zakaria menjelang perlawanan pertama selepas liga berehat hampir enam minggu.

Mahu atau tidak pertembungan pertama pusingan kedua menentang Kelantan aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) malam ini pastinya menggusarkan dirinya untuk memastikan anak didiknya kembali menemui rentak.

“Sebelum liga berhenti rehat, barisan pemain telah mula menemui keserasian dan rentak, ini perkembangan positif bagi pasukan yang kebanyakan dibarisi pemain baharu.

“Namun aksi malam ini selepas liga berehat hampir enam minggu pastinya akan menjejaskan tempo permainan, tahap keyakinan serta kesukaran kepada pemain beragama Islam,” katanya.

Mengenai lawan yang bakal ditentang, Ismail barisan pemainnya sentiasa berwaspada dengan rangkaian penyerang import The Red Warriors diketuai Erwin Carillo dan Iwuju Austin Amutu yang diakuinya cukup berbisa.

“Selepas kecewa di final Piala FA tempoh hari, sudah tentu pemain-pemain Kelantan mahu bangkit dan cuba bersaing merebut kejuaraan liga pula.

“Begitu juga penyerang mereka yang dikritik hebat ekoran kegagalan menembusi gawang Lions XII (final Piala FA) dengan pemain mereka sudah tentu mahu membuktikan kemampuan kepada jurulatih dan ini pasti menyukarkan lagi kami.

“Apa pun, kami sudah membuat kerja rumah dan kami tahu sebahagian besar kekuatan dan kelemahan mereka. Perkara paling penting ialah kami perlu mendapat tiga mata,” katanya yang akan menurunkan barisan terkuat memburu tiga mata pertama musim ini.

www.sinarharian.com.my

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman