SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


Skrin Gergasi Meriahkan Pertembungan Seteru Pantai Timur

KELATE.NET dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf akan menyediakan skrin besar semasa perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Terengganu, malam ini.

Presiden Kelate.Net, Khairi Yazid berkata, tayangan bermula pada jam 8 malam di pekarangan tempat letak kereta kompleks berkenaan.

“Dalam masa sama, program ini juga turut membantu merapatkan lagi perpaduan, persaudaraan serta persahabatan antara anak-anak Kelantan yang berada di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya.

“Selain menjadi alternatif kepada anak-anak Kelantan, penyokong Terengganu juga dialu-alukan untuk turut hadir bagi memeriahkan tayangan skrin besar, disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan negeri berjiran yang sudah dianggap seperti adik-beradik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.
Komen ditutup untuk bahagian ini. Terima kasih.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!