SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


Stadium Nasional Bukit Jalil Venue Perlawanan Akhir Piala FA

PETALING JAYA, 10 Mei (Bernama) — Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi venue perlawanan akhir Piala FA antara Sime Darby, pasukan berstatus kelab, dan Kelantan pada 19 Mei.

Perkara itu diputuskan Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA yang bermesyuarat pada Khamis.

Pengerusinya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata stadium yang boleh memuatkan sehingga 100,000 penonton itu dipilih selepas Stadium Shah Alam yang dicadangkan sebelum ini tidak boleh digunakan kerana masalah teknikal.

“Stadium Nasional Bukit Jalil dipilih sebagai venue perlawanan akhir bagi memudahkan kehadiran penyokong kedua-dua pasukan pada hari perlawanan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di sini.

Hamidin, yang juga Naib Presiden FAM, berkata 30,000 keping tiket berharga RM40 untuk semua tempat duduk dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun diagihkan kepada kedua-dua pasukan itu mulai Khamis.

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!