Kelate.net

Suka Duka TRW Di Piala FA

Kemaskini pada April 23, 2015 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

q

“Kemenangan yang cukup manis,” ujar jurulatih Kelantan, Azraai Khor Abdullah apabila meraih kemenangan pertamanya sebagai pengendali The Red Warriors dan kemenagan itu juga membawa pasukannya melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA.

Azraai berkata, sikap tidak berputus asa anak buahnya berjaya menamatkan kemarau tanpa kemenangan sejak 4 perlawanan lalu dan kemenangan pertama selepas 3 perlawanan di halaman sendiri ini memberikan kepuasan kepada pasukan.

Gol pertama Kelantan yang dijaringkan menerusi tendangan penalti kapten pasukan Badri Radzi pada minit ke-40 disifatkan sebagai penyuntik semangat kepada pasukan.

Bermula dari itu, Kelantan terus menambah jaringan menerusi Iwuji Amamchi pada minit ke 54 dan gol ke-3 dijaringkan oleh Erwin Carillo pada minit ke 74 untuk mengesahkan slot ke seperuh akhir Piala FA milik mereka.

Sementara itu, pengendali Sime Darby FC, Ismail Zakaria akur dengan kekalahan pasukannya dan menyifatkan faktor mereka gagal menyaingi kekuatan Kelantan disebabkan kesemua pemain importnya tidak berfungsi baik seperti pemain import pasukan lawan .

Tiga kali ke final, 2 kali muncul juara sejak 2011 menceritakan betapa The Red Warriors meniti perjalanan suka  duka di Piala FA. Musim 2012 paling dramatik apabila gol di tempat lawan jadi penentu ke final seterusnya menjulang piala.

Manakala 2013 pula menyaksikan Dickson Nwakaeme meledak gol kemenangan Kelantan di separuh akhir pada minit ke 129 menewaskan Terengganu.

Rekod Kelantan di separuh akhir Piala FA (2011-2014)

2011

Aksi pertama : Selangor 1-5  kelantan
Aksi kedua : Kelantan 1-1  selangor

Kelantan ke final dengan agregat 6-2, namun tewas di final kepada Terengganu

2012

Aksi pertama : Kelantan 1-1  Kedah
Aksi kedua : Kedah 2-2  Kelantan

Kelantan ke final dengan kelebihan gol tempat lawan selepas agregat terikat 3-3, muncul juara Piala FA buat kali pertama.

2013

Aksi pertama : Kelantan 4-1  Terengganu
Aksi kedua : Terengganu 4-2  Kelantan

Kelantan ke final dengan agregat 6-5, pertahan kejuaraan Piala FA menewaskan Johor DT di final

2014

Aksi pertama : Kelantan 3-3  Felda United
Aksi kedua : Felda United 2-2  kelantan

Kelantan gagal ke final, tewas gol tempat lawan selepas agregat terikat 5-5

www.stadiumastro.com

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman