
Kelate.Net site statistics ‘Mat Yo’ selalu menjadi harapan untuk menjelmakan jaringan.
Salam Sejahtera Kepada Semua,
Kempen Piala Malaysia telah menuju ke penghujungnya walaupun The Red Warrior lebih awal terpaksa akur akan kehebatan lawan selepas tersingkir lebih awal kepada musuh tradisi Terengganu di peringkat suku akhir dengan agregat 5-3. Namun begitu, secara keseluruhannya pencapaian The Red Warrrior musim ini boleh dibanggakan setelah meraih dua piala iaitu Pila Sumbangsih dan Liga Super yang julung kali dimenangi sebelum ini.
Langkah awal pihak pengurusan KAFA patut dipuji dalam mengenal pasti calon Awang Import bagi menghadapi musim baru dan menghadapi kejohanan kelab-kelab Asia yang semestinya lebih mencabar.
Pihak KAFA seharusnya lebih berhati-hati dalam membuat penilaian dan pemilihan pemain-pemain import yang bakal menyarung jersi The Red Warrior pada musim hadapan. Ini bagi memastikan tugas menggalas cabaran The Red Warrior ke arah pencapaian yang lebih baik dan mengekalkan nama dan reputasi selaku pasukan pilihan pada musim hadapan.
Ketajaman bahagian serangan seharusnya perlu diambil perhatian bagi memastikan beberapa penyerang yang berkualiti diperolehi pada musim hadapan bagi menggalas misi pasukan dan bukan hanya bergantung pada individu tertentu sahaja untuk menjelmakan gol dalam satu-satu perlawanan.
Dengan sokongan padu penyokong The Red Warrior di setiap pelosok negara, seharusnya The Red Warrior tidak boleh mencari alasan untuk terus cermerlang mengekalkan selaku pasukan ternama di negara kita.
Dengan kepimpinan sedia ada, pihak pengurusan tampak lebih matang dalam mengenal pasti setiap kelemahan pada musim ini untuk dibaiki bagi mengharungi format baru Liga Malaysia yang lebih mencabar pada tahun hadapan. Cadangan pembinaan stadium bolasepak baru di Bukit Merbau juga menggambarkan era baru kecemerlangan bolasepak di Kelantan terus cemerlang di masa hadapan.
Dengan sokongan dari pelbagai pihak dan komitmen yang tinggi dari pihak pengurusan yang, The Red Warrior diharapkan terus cemerlang dalam menghadapi musim baru dan kelemahan dan kekurangan pada musim ini patut dijadikan pengajaran untuk menghadapi format baru Liga Malaysia musim hadapan.
Selamat maju jaya The Red Warrior, moga terus cemerlang dalam mengejar visi dan misi.
Oleh : Mohd Zalami Mohamad Nor, PUTRAJAYA.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!