SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


Tiket Perlawanan TRW, QPR Dijual Hari Ini

Kevin Ramalingam

TIKET perlawanan persahabatan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Queens Park Rangers (QPR) menentang penyandang juara Piala FA, Kelantan di Stadium Shah Alam, 20 Julai nanti mula dijual hari ini di pekarangan kompleks  Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.

Penganjur dan pengarah bersama Bumibola Sports Sdn Bhd, Kevin Ramalingam berkata, tiket berharga RM33, RM53 dan RM73 bagi tempat terbuka mula dijual jam 12 tengah hari dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Kelantan  (Kafa).

“Selain jualan melalui kaunter tiket di KMK, kita turut membuka kaunter termasuk di Restoran MZ Kampung Baru, TRW Cafe Kota Bharu, Pejabat Kafa Kota Bharu dan di rangkaian terpilih Restoran Hassan Nasi Ayam serta secara  online di RedTix.AirAsia.com.

“Bagi pembeli awal sebelum 15 Julai, mereka bakal memenangi hadiah cabutan bertuah termasuk hadiah berbentuk jersi QPR dan The Red Warriors (TRW) ditandatangani, peluang bermalam di hotel penginapan yang sama dengan  pemain kedua-dua pasukan dan juga naik taraf kepada tiket VIP,” katanya.

Selain melihat aksi skuad bimbingan Mark Hughes menjalani persiapan pra-musim mereka, peminat bola sepak juga berpeluang bertemu barisan bintang QPR termasuk pemain pertahanan Ryan Nelsen (Blackburn), penyerang Andrew  Johnson (Fulham) dan penjaga gol Robert Green (West Ham) dalam sesi bertemu peminat pada 19 Julai.

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!