
Graphic by Muhd Adlan Photography
PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) memaklumkan penjualan tiket separuh akhir kedua Piala Malaysia 2012 antara Selangor lawan Kelantan dijual Khamis ini.
Tiket dijual pada harga RM15 setiap seorang bagi dewasa dan RM5 kanak-kanak dan akan mula dijual pada 11 Oktober ini, bermula dari jam 9 pagi sehingga 7 petang dan pada Jumaat bermula jam 9 pagi sehingga 8 malam bertempat di Stadium Shah Alam.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!