Kelate.net

TRW Buru Gol Awal

Kemaskini pada April 21, 2015 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Amutu (dua, kiri) galas misi mendapatkan jaringan awal apabila Kelantan melayan kunjungan Sime Darby FC pada pertemuan suku akhir kedua Piala FA di Kota Bharu, malam ini.

THE Red Warriors mahu mendapatkan jaringan awal apabila berdepan Sime Darby FC pada pertemuan suku akhir kedua kempen Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.

Ketua Jurulatih Kelantan, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, gol awal dilihat cukup penting kerana bukan sahaja dapat menyuntik motivasi anak buahnya, malah mampu membunuh semangat juang skuad The Giant Killers pada pertembungan ulangan itu.

“Saya percaya bekalan satu jaringan masih belum selamat meskipun Kelantan ada kelebihan berdasarkan peraturan gol di tempat lawan. Sebab itu, saya mahu kita jaringkan gol lebih awal.

“Saya harap barisan pemain dapat pamerkan aksi terbaik kerana ini merupakan peluang terbaik bagi Kelantan meneruskan kemaraan dalam saingan Piala FA selepas tewas tiga kali berturut-turut dalam aksi Liga Super,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi merealisasikan misi tersebut, Mohd Azraai menuntut aksi lebih tajam dua penyerang import baharu, Austin Amutu dan Gilmar Dos Santos Filho di depan gawang lawan ketika peluang Erwin Carrillo untuk kembali disenaraikan masih samar kerana masalah kecederaan.

“Memang kita berharap sangat dia dapat bermain tetapi tengoklah apa perkembangan mutakhir penyerang itu setelah saya menerima laporan perubatannya,” katanya.

Pada masa sama, hasrat Mohd Azraai untuk menurunkan barisan terkuat seperti tidak kesampaian apabila tonggak pertahanan import, Jonathan McKain masih alami kecederaan dan kemungkinan besar tidak akan beraksi, pada malam ini.

“Ketiadaan McKain tidak jejaskan tumpuan Kelantan kerana kita masih ada pemain yang boleh ganti tempat dia,” katanya.

www.sinarharian.com.my

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman