Kelate.net

TRW Pantau Import Baru

Kemaskini pada April 10, 2015 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Gonzalo Bonafina & Austine Amutu import baru yang mencuba nasib bersama Kelantan.
Gonzalo Bonafina & Austine Amutu import baru yang mencuba nasib bersama Kelantan.

Kuala Lumpur: Kelibat Emmanuel Kenmogne dan Pupo Isaac Tuku tidak diperlukan pengendali Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah selepas ‘direhatkan’ pada aksi suku akhir pertama Piala FA menentang Sime Darby FC malam kelmarin.

Azraai Khor kini mengimpikan dua import baru dengan kadar segera untuk didaftarkan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga-M) yang berlangsung bagi menguatkan cabaran The Red Warriors (TRW) mengharungi cabaran Liga Super dan Piala FA.

“Kedua-dua import berkenaan tidak diturunkan kerana sikap yang mereka pamerkan.

“Pada sesi latihan mereka kelihatan kurang bersungguh-sungguh dan tidak menunjukkan bersedia untuk bermain. Mungkin berpunca daripada spekulasi meluas tempat mereka bakal digantikan.

“Bagi saya tiada guna merayu kerana mereka dibayar gaji tinggi. Lebih baik beri peluang kepada pemain tempatan dalam keadaan kritikal seperti ini,” kata Azraai selepas perlawanan suku akhir pertama Piala FA menentang Sime Darby FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Azraai bagaimanapun masih belum mendedahkan pemain yang diinginkan namun Kelantan sebelum ini dilapor mencuba empat pemain baru membabitkan dua dari Argentina Gonzalo Bonafina dan Federico Fioramoni selain Adjai Moussa (Benin) dan Rasheed (Nigeria).

“Kalau boleh saya mahu mendapatkan pengganti secepat mungkin,” jelasnya.

Mengulas mengenai keputusan seri 1-1 menentang Sime Darby FC, Azraai berkata, pemain hilang tumpuan selepas mendahului dan kelihatan lesu selepas mengharungi perjalanan jauh ketika menentang Terengganu, Sabtu lalu.

“Kami main buruk malam ini (malam kelmarin). Saya masih belum dapat apa yang diinginkan selepas dua perlawanan terutama dari segi banyak hantaran pendek. Apapun kami bertuah kerana seri.”

www.hmetro.com.my

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman