Kelate.net

TRW Tersayang

Kemaskini pada June 2, 2015 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Kelantan lwn Lions XII

Salam,

1st, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua warga TRW di atas kejayaan sebagai naib juara Piala FA 2015 & sebagai juara penyokong di Malaysia 2015.

Detik final itu sungguh manis walaupun pahit untuk di telan. Apepun adat perlawanan akan ada yang menang & akan ada yang kalah. TRW telah bermain dengan baik pada perlawanan itu cuma pasukan kita kalah disebabkan oleh kurang persefahaman di antara pemain jika di bandingkan dengan pemain Singapura itu.

Walaubagaimanapun, ada perkara positif yang saya dapat perhatikan daripada TRW & jika digilapkan lagi, saya percaya TRW akan berkilau semula. Tentang kekalahan itu jadikan pedoman & pengalaman kepada pasukan baru TRW 2015.

InsyaAllah kita akan ke final lagi dengan imej baru TRW. Saya yakin dan percaya dengan pemain-pemain TRW sekarang & penyokong-penyokong TRW sekarang. InsyaAllah sama-sama kita usaha & perjuangkan kerana perjuangan masih belum selesai.

Dikesempatan ini, saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai future TRW. Untuk makluman pihak pengurusan TRW, TRW sekarang ini mempunyai pemain-pemain yang sangat berkualiti.

Disebabkan hal ini, saya akui bahawa ketua jurulatih TRW agak pening untuk memilih pemain bagi sesuatu perlawanan. Saya paham sebagai penyokong, penyokong akan nampak perkara ini ringan tetapi amat berat bagi ketua jurulatih untuk memilih jika semua pemain adalah berkualiti.

Ape-ape pun, saya mohon ketua jurulatih jangan cepat melatah dan pening, cuba bertenang dan memilih pemain yang betul-betul top performance semasa, bukan memilih atas dasar sumbangan pemain yang sebelum ini.

Selain itu, saya mohon kepada ketua jurulatih supaya mempelbagaikan rentak atau strategi bermain kerana TRW terlalu ramai pemain yang berkualiti dan berkebolehan.

Jika strategi A tidak berhasil untuk sesuatu perlawanan, terus tukar strategi B, C dan seterusnya, jangan terlalu lama kekal dengan strategi yang sama untuk sesuatu perlawanan.

TRW memiliki terlalu ramai pemain yang berkebolehan, jadi rancang strategi A menggunakan skuad pemain A, strategi B menggunakan skuad pemain B dan seterusnya berdasarkan kepada kekuatan pemain.

Ini juga memberi peluang kepada semua pemain untuk bermain dan seterusnya mendapat pengalaman. Selain itu, dapat mengelakkan daripada pemain TRW akan keletihan.

Percaya kepada kebolehan pemain & beri peluang kepada mereka dengan merangka strategi untuk mereka bermain. Ini memerlukan kerja keras iaitu latihan yang actual. Saya percaya ketua jurulatih & pihak pengurusan dapat merealisasikan walaupuan nampak sukar.

– Goalkeeper – TRW ada Keeper Terbaik Asia Tenggara.

– Defence – TRW ada pemain Kebangsaan Australia, TRW ada bekas pemain kebangsaan yang suatu masa dulu yang terhebat.

– Midfilder – TRW ada pemain tengah terbaik, TRW ada bekas pemain harimau muda yang terhebat.

– Attacking – TRW ada pemain kebangsaan Nigeria, TRW ada pemain penyerang terbaik.

TRW adalah sebuah pasukan yang lengkap, cuma sekarang ini perlu digilap dari sudut:

1. Teamwork

2. Persefahaman

3. Motivasi

4. Trust (kepercayaan di antara pemain)

5. Kurangkan selfish playing

Last, saya mohon kepada pihak pengurusan perlu membentuk satu pasukan khas untuk membuat analisis setiap kekuatan dan kelemahan pasukan lain & seterusnya matchkan dengan strategi yang di rangka.

InsyaAllah TRW akan bukan sekadar akan bangkit tetapi akan bersinar sebagai sebutir pasukan yang di geruni di Asia.

“KEKALKAN PEMAIN TRW 2015, JAGA DIORANG KERANA DIORANG ADALAH THE BEST”

Sekadar cetusan minda daripada TRW admire.

Ditulis oleh: Ardos Ardos

Email Kelate.Net

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman